Friday 31 December 2010

Selamat Tahun Baru: Review aktiviti 2010 serta perancangan 2011

Saya mengucapkan selamat tahun baru kepada rakan2 yang sudi singgah di blog ini. Blog ini pada mulanya saya jadikan sebagai medium untuk saya berkongsi log cerapan serta aktiviti astronomi dan sky event yang berlaku. Pada awalnya saya mahu masukan pendapat saya mengenai isu2 semasa namun kekangngn masa menjadikan saya masih belum pernah menyuarakan sebarang pendapat mengenai isu2 semasa. Namun niat ini masih belum padam, akan saya tulis sekiranya ada topik menarik dan yang paling penting kelapangan. Bagi menutup post tahun 2010, saya tulis serba ringkas perkembangan hobi saya dalam astronomi bermula dari awal 2010 hinggalah Disember. Saya juga akan mengulas sedikit aktiviti yang telah saya rancang untuk tahun 2011.

Review aktiviti astronomy 2010:

awal 2010: tengok wonder of the solar system. Terasa berminat dengan astronomy

May 2010: beli telescope orion xt10 classic dobsonian, menghalakan telescope buat pertama kali ke bulan

Solstice musim panas 2010: Kali pertama menghalakan telescope ke saturn. Tak puas hati xdpat lihat cassini division sebab eyepiece kecil. rasanya waktu soltice musim panas kali pertama halakan telescope ke vega.

Beberapa hari selepas soltice baru perasan bulan2 saturn. selama ni xsedar pun dapat tengok bulan saturn


July 2010: Bulan masih menjadi target kegemaran.. Mula cuba2 buka akaun blog untuk simpan dan share log cerapan.. kali pertama lihat Jupiter dan bulan-bulan nya..

Jupiters Opposition 2010: Yakin telah berjaya melihat Great red Spot. agak kurang jelas. Cuba cari M31 Andromeda tapi gagal. beberapa hari sebelum Opposition observe m45.

September 2010: pindah ke twickenham; teleskop dihantar pulang ke Malaysia. Mula beli binocular untuk aktiviti astronomi. Involve dengan kelab astronomy kat reagent park. Kali pertama lihat andromeda di reagent park dengan teleskop skywatcher skymax.


Video Lunar Eclipse Ketika Solstice musim sejuk yang lepas

December 2010: Terlepas gerhana bulan ketika solstice musim sejuk. Birmingham dan London di litupi awan. M45 dan constellation orion jadi target kegemaran dengan binocular. Sehingga kini masih gagal mengesan M31 dengan sendiri. disebabkan light Poluttion..saya juga melawat royal observatory di greenwich dengan harapan dapat menggunakan teleskop pembias 28''. Namun cuaca buruk mengagalkan niat saya.

Bergambar dihadapan Royal Observatory di Greenwich.

Sehingga kini, saya sering melawat forum2 astronomi termasuk falak online yang di kendalikan oleh rakyat Malaysia. Masih lagi belum mempunyai aksesori yang lengkap untuk aktiviti astronomi. Insya'Allah akan cuba di lengkapkan menjelang keberangkatan pulang ke Malaysia dalam bulan Jun 2011.

Berikut pula adalah perancangan saya untuk aktiviti tahun 2011:

1) 4 Jan: Insya'Allah kalau tidak ada aral saya mahu menyaksikan partial solar eclipse yang dapat dilihat di United Kingdom

2) Menghadiri perjumpaan bulanan The baker street irregular astronomers society di Reagent park london. Perjumpaan yang terdekat adalah pada 5January bersempena dengan program stargazing live(BBC, host Prof Brian Cox, Dara O'Brian)..

3) 4-5 Febuary 2011: Menghadiri European Astrofest 2011 di Kensington Town Hall. Ticket conference telahpun di beli. Saya merancang untuk menambah aksesori teleskop ketika melawat exhibition yang diadakan ketika astrofest ini. Semoga ada deal yang menarik nnt.

Setakat ini tiada perancangan lain lagi. Bulan Jun 2011 saya akan pulang ke Malaysia. Bulan 7-8 pula saya akan di hantar untuk mengajar di mana-mana kolej matrikulasi Malaysia.

Aktiviti selepas pulang ke Malaysia sudah tentu lebih menarik memandangkan saya akan kembali menggunakan teleskop 10'' saya. Semoga teleskop selamat sampai ke Malaysia. Perancangan selepas di tempatkan di Kolej pastinya berorentasikan akitiviti bersama pelajar.

Harapnya di akhir tahun 2011 nnt saya sudah menubuhkan kelab astronomi di kolej tempat saya mengajar, supaya budaya sains angkasa dapat saya pupuk di kalangan pelajar-pelajar saya nnt. Pelaburan dalam membeli peralatan astronomi serta segala macam aksesori ini mudah-mudahan akan membuahkan hasil bila mana minat terdapat bidang astronomi dapat saya pupuk dikalangan pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi. Semoga angan-angan menjadi kenyataan.....................

Semoga tahun 2011 menjadi titik permulaan bagi kita memulakan hari2 yang lebih bermakna dalam perjuangan masing2...

SELAMAT TAHUN BARU


Thursday 2 December 2010

Cosmic Treasures Live observing update



The above event is postponed due to bad weather last Wednesday. The new date and time for this event is as follow:

Date: 9/12/10
Time:22:00 UTC
Organiser: Astronomers without borders and Virtual Telescope Project

Astrophysicist Dr Masi will give a commentary during the observation session. You can also chat with Dr Masi and other people around the world during this event.