Baru sebentar tadi saya melawat kedai astronomi di baker street untuk bertanya mengenai super widefield eyepiece Orion Q70 32mm. Stock masih belum ada namun saya di maklumkan stock eyepiece berkenaan akan sampai dalam awal minggu hadapan.
Saya juga ada bertanya mengenai planetary filter sets(orion) namun beliau tidak menawarkan filter set berkenaan tetapi menjualnya secara berasingan. Satu color filter orion berharga GBP15. Agak mahal berbanding dengan website SCSASTRO yang menawarkan GBP40 untuk 4 filter.
Kemudian beliau(Simon) mencadangkan saya satu filters set skywatcher. Set berkenaan mengandungi 4 filter( 1 moon filter 25% transmission+3 color filter). Filter set berkenaan berharga GBP30. Agak murah berbanding orion. Saya agak tidak kisah dengan jenama memandangkan ianya cuma filter lantas saya membeli filter set 3+1 berkenaan walaupun saya telah memiliki orion moon filter 13% transmission.
Berikut adalah warna filter(yang saya beli) serta fungsi filter tersebut bagi visual observing:
Filter Set, from top clockwise; ND96-0.6 moon filter 13% transmission, #21Orange,#80A Blue, #12 Yellow
#12 Yellow:
Moon: Feature Contrast
Mars: Blue-Green Areas
Jupiter: Red-Orange Features
Saturn: Clouds
Saturn: Red-Orange Features
#21 Orange:
Mars: Maria
Jupiter: Belts
Jupiter: Polar Regions
Saturn: Belts
Saturn: Polar Regions
#80A Blue
Moon: Feature Contrast
Jupiter: Belts
Jupiter: Rilles
Jupiter: Festoons
Jupiter: Great Red Spot
Saturn: Belts
Saturn: Polar Regions
Untuk makluman, terdapat lebih daripada 10 color filter dengan fungsi yang pelbagai. Color filter digunakan untuk menaikan contrast detail sesetengah planet. #80A sebagai contohnya dapat menaikan contrast Great Red Spot(GRS) pada jupiter. Pada 19/09/10 lalu saya berpeluang mecerap jupiter bersama GRS namun GRS kelihatan begitu kabur/tidak jelas. Berkemungkinan kerana seeing condition serta saya observe tanpa filter.
Bagi moon filter 25% transmission barangkali saya boleh gunakan untuk mencerap bulan sabit. Ataupun boleh saya gabungkan dengan moon filter orion 13% yang saya miliki untuk mencerap bulan penuh. GBP30 harga yang berpatutan untuk 4 filter.
My next target kalau keewangan mengizinkan, Q70 SW eyepiece from Orion US. Anggaran mungkin GBP90 namun dengan review yang menarik serta harga yang lebih rendah berbanding SW eyepiece keluaran Meade/Televue, saya rasa ianya merupakan satu eyepiece yang patut saya miliki.(akan saya ulas mengenai Q70 dan compare harga dengan eyepiece yang len bila saya dah memiliki dan mencuba eyepiece berkenaan).
Astronomy is not only pleasant but also very useful to be known; it cannot be denied that this art unfolds the admirable wisdom of God -John Calvin-
Thursday, 21 October 2010
Monday, 11 October 2010
Aktiviti Astronomi di celah kota London
Dari Birmingham ke Twickenham
Semenjak tinggal di Twickenham, jarang pula mendongak kelangit cerah. Teleskop XT10 di tinggalkan di Birmingham untuk proses penghantaran pulang ke Malaysia menjelang November depan. Lagi pun terlalu besar untuk di bawa ke Twickenham. Tambahan pula, langit Twickenham cerah bukan kerana tiada awan, tapi dek kerana lampu-lampu di kota dan lapangan terbang heatrow.
Minggu lepas, elaun masuk, laptop ku yang rosak perlu di ganti, namun tunggu untuk pulang ke birmingham memandangkan lebih mudah shopping di sana. Nak ke kota London malas sekali. Tapi di sebabkan kebosanan tiada teleskop di Twickenham, saya beli sebuah binokular untuk astronomy observation.
Second Telescope or Binocular?
Menjadi suatu kebiasaan bagi seorang amateur astronomer, satu teleskop tidak mencukupi. Tiada satu2 telescope yang mempunyai semua keupayaan yang dapat memuaskan hati amateur astronomer.Dobsonian milik saya, walaupun kualiti opticnya bagus dan mudah diguna, namun dobsonian tidak sesuai untuk astrophotography serta gagal berfungsi dengan cemerlang dibawah langit yang penuh dengan light pollution. Tambah pula saiznya yang besar menyukarkan saya untuk membawanya ke tempat gelap.
Orion shortube ST80 on an Equatorial Mount EQ1
Asalnya nak beli travel scope seperti Meade ETX80 ataupun Orion Shortube 80(ST80). Teleskop Meade ETX dan ST80 terkenal dikalangan amateur astronomer sebagai grab and go scope. Ada yang suka memilih table top dobsonian kerana lebih murah dan bagus. Namun bagi yang berkemampuan William Optics 80mm menawarkan kualiti yang lebih menarik.ST80 dan WO 80mm juga biasanya digunakan oleh astrophotographer sebagai guidescope dibelakang telekop besar mereka.
Disebabkan saya tidak yakin dengan status ekonomi saya, saya batalkan niat saya untuk beli ST80, ETX80 pula banyak masalah dengan autostarnya. Kedua-dua teleskop berharga GBP250. Lagipun saya masih belum puas dengan orion xt10 saya, dan ada aksesori xt10 yang perlu saya utamakan(ie super wide field low power eyepiece).
Tumpuan saya beralih dengan binocular. Seorang amateur astronomer yang saya kenal melalui forum mencadangkan saya untuk membeli orion widefield binocular 10x50. Bino tersebut memang murah jika dibandingkan dengan kualiti nya. Saiznya 50mm adalah bino yang boleh digunakan tanpa tripod. Saya juga menjengah ke review forum Celestron 15x70. Review agak bagus dibandingkan dengan harganya yang murah. Kedua-dua bino berharga GBP68. Namun saya ketepikan Celestron skymaster 15x70 memandang saiz nya yang besar dan memerlukan tripod. Saya juga tidak memilih orion 10x50 bino memandangkan harga GBP68 masih mahal bagi saya.
Akhirnya, Binokular kecil.........
Akhirnya saya beli Celestron Upclose 10x50. Harganya cuma GBP23. Murah, terlalu murah untuk astronomy observation. Tiada amateur astronomer yang review bino ni. Cuma ada beberapa astronomer yang saya lihat di forum menggunakan bino jenis upclose 10x50 dari celestron. Saya secara peribadi tidak meletakan harapan yang tinggi pada bino ini. saya beli untuk cukupkan syarat saya boleh teropong langit malam di Twickenham. Barangkali ini harga yang baik untuk binocular pertama saya.
Celestron Upclose 10x50
Celestron Upcose baru sampai sebentar tadi. Collimation nampak OK, dan Imej jelas. Harap langit terus clear hingga malam ini untuk observation dengan senjata kecil yang baru saya miliki. Tiada target spesifik untuk saya halakan bino pada malam ini. Laptop yang penuh dengan astro software dah rosak. Cukup sekadar kalau saya dapat perhatikan bintang-bintang di belakang rumah di strawberry hill, Twickenham..........
Baker Street Irregular Astronomy Society Meeting on Wed
Rabu ini saya ke Baker street untuk perjumpaan local astronomy society di reagent park. Harapnya tube workers tak strike:p dan langit cerah. Baker Street Irregular Astronomy Society merupakan satu-satunya kelab social astronomy yang melakukan pencerapan di tengah-tengah kota london. Barangkali saya boleh bawa bino saya untuk mendapatkan pendapat dari amateur astronomer berpengalaman.
Perjumpaan pada hari Rabu ini juga merupakan peluang untuk saya cuba beberapa teleskop pembias yang barangkali saya tak mampu nak beli..hehehehe..
Sekian.......
Subscribe to:
Posts (Atom)