Showing posts with label activity. Show all posts
Showing posts with label activity. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan (Laporan Cerapan Hilal)

Tarikh: 8 Julai/ 9 Julai 2013
Tempat: Labuan (UMSKAL 8Julai, Kg Sg Lada Labuan 9 Julai)

Ramadhan 2013 kali ini saya berpeluang menyaksikan proses cerapan hilal yang dilakukan oleh Jabatan Mufti di Labuan di UMS kampus antarabangsa Labuan. 

Pada 8 Julai 2013 sebagai mana yang semua sedia maklum anak bulan tidak kelihatan walaupun cuaca cerah di Labuan. Hal yang demikian kerana umur bulan ketika cerapan lebih kurang 3 jam. Fasa bulan baru (New Moon) bermula pada Jam 3:15 petang waktu Malaysia.
Bergaya dengan surveyor ketika cerapan diatas menara pentadbiran UMSKAL
Lebih kurang 28 Jam selepas conjuction, sekali lagi saya mencari peluang untuk menyaksikan sendiri anak bulan. Kali ini bertempat di Kg Sg Lada, dikawasan tapak cadangan untuk pembinaan balaicerap di Labuan. Cerapan di anjurkan oleh Jabatan Mufti dan antara yang hadir adalah pelajar-pelajar SMA MAIWP Labuan.

Di sebabkan saya tidak berpengalaman mencerap anak bulan, saya kemas barang dan teleskop saya lebih awal kerana saya sangka bulan telah terbenam dan keadaan cuaca di ufuk berawan. Kira-kira jam 7pm hilal ramadhan kelihatan. Agak tinggi juga kedudukan nya sebelum terbenam. Saya tidak merakamkan gambar tetapi gambar hilal sempat dirakamkan oleh kawan saya dengan teknik afocal (handheld) Iphone pada eyepiece teleskop orion XT4.5.
Hilal Ramadhan yang diramkamkan menggunakan Iphone yang dipegang pada eyepiece. Gambar oleh Syed Nasir

Keadaan ufuk berawan ketika cerapan. 10x50 visionking, Maksutov Cassegrain dan Skywatcher refractor.

Gambar kabur dari binokular.

Secara peribadi saya merasakan satu kepuasan apabila melihat anak bulan melalui binokular. FOV yang luas serta keselesaan melihat dengan kedua-dua belah mata mengatasi teleskop-teleskop yang ada ketika cerapan. Tapi dari segi kemampuan mengambil gambar sudah pastilah teleskop mengatasi binokular.

Insya'Allah akan banyak lagi sesi mencerap anak bulan yang akan saya lakukan akan datang.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa!

Wednesday, 26 June 2013

Rubu' Mujayyab (Sine Quadrant)

Kalkulator silam dan Moden

Sekarang sedang berlangsung kursus penggunaan Rubu' Mujayyab anjuran Jabatan Mufti di Kolej Matrikulasi Labuan. Kursus selama 3 hari akan menumpukan kaedah menentukan masa dan masa solat menggunakan Rubu' Mujayyab.

Gambar menunjukkan kedua-dua kalkulator menyelesaikan Sin 30.. sin 30=0.5... rubu' menunjukan sin 30= 30/60.... kalkulator moden dan kalkulator zaman pertengahan.. di saat empayar Islam tengah pesat.. astrolabe yang di cipta oleh orang yunani di gunakan bahkan diperbaiki fungsinya oleh orang Islam.. Rubu' mujayyab (sukuan sinus/ sine quadrant) salah satu alat yang digunakan oleh umat Islam dahulu untuk menyelesaikan persamaan trigonometry.. walaupun alat sekarang dah canggih, kalau kita belajar alatan2 silam, dapat juga kita hargai betapa hebatnya orang dahulu dan betapa untungnya kita

Insya'Allah akan tulis summary macam mana menggunakan rubu' mujayyab akan datang

Thursday, 21 June 2012

Apa yang saya fikir pasal Zuhal? (Jun 2012)

Dalam bulan Jun-Julai Zuhal masih lagi boleh dicerap dan kecantikan gelang Zuhal memang tak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun dengan set up yang saya ada sekarang, saya dah nampak perbezaan cerapan Zuhal ketika hampir dengan tarikh Istiqbal(opposition) dan apa yang saya cerap sekarang. 

Saya tak dapat perhatikan Cassini Division ketika cerapan baru-baru ni.  Mungkin ada beberapa sebab. Antaranya kedudukan Zuhal semakin jauh, atau mungkin seeing tak berapa baik pada tarikh saya lakukan cerapan. Pada asalnya saya jangkakan collimation teleskop dah lari, tapi lepas periksa teleskop, nampak tiada masalah. Saya akan buat star test pada masa akan datang.

Teleskop Newtonian

Teleskop jenis newtonian walaupun murah ada beberapa kelemahan. Antaranya pengguna perlu periksa collimation teleskop. Asalnya sebelum saya beli teleskop XT10 memang saya ambil kira perkara ini dan saya  dapati collimation tidak sukar dilakukan. 

Teleskop Newtonian bersaiz kecil (3-8inch) tidak memerlukan collimation yang kerap. Teleskop 10 inch berkemungkinan memerlukan collimation setiap kali ianya dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain (travel jauh).Tapi sepanjang saya guna, walaupun teleskop xt10 saya pernah travel dari birmingham ke Malaysia, kedudukan cermin dalam OTA tidak memerlukan collimation yang serius. Link untuk collimate teleskop boleh didapati di bahagian tepi blog saya. 

Imej Zuhal 

Walaupun gunakan teleskop Dobsonian (manual) saya tak terlepas dari ambil gambar. Teleskop Dobsonian tak sesuai untuk astrophotografi. Sepanjang tahun 2012, saya dah cuba ambil gambar Zuhal beberapa kali. Gunakan Dobsonian dan Orion Apex 90mm saya. Kedua-duanya tidak mempunyai sistem auto tracking. Sejak kebelakngan ini saya selalu lakukan cerapan dengan XT10.  Berikut beberapa Imej yang saya dapati dalam tahun 2012.
Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4









Gambar 2 dan Gambar 3 diambil pada tarikh yang sama. Gambar 3 kelihatan secara tidak jelas titik berhampiran Zuhal. Perisian astronomi meyakinkan saya titik berkenaan adalah Titan, bulan Zuhal yang paling besar.

Terdapat perbezaan dari segi kualiti ke empat-empat gambar yang saya ambil. Perbezaan tersebut boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah teknik yang saya gunakan untuk merakam gambar berkenaan. Saya menggunakan teknik Afocal, manual tracking. Jadi kadangkala imej yang dihasilkan memang akan berbeza hanya kerana cara saya letakan lens kamera compact saya pada eyepiece berbeza. 

Kedua, mungkin disebabkan oleh cara saya edit gambar berkenaan. Kadangkala baik dan kadangkala kurang baik. Perhatikan perbezaan Gambar 1,2,3 dengan Gambar 4. Cassini Division hampir/langsung tidak kelihatan pada gambar 4. Secara visual pada tarik 17/06/2012 saya tidak dapat perhatikan Cassini Division. 

Gambar 1 diambil ~sebulan sebelum tarikh opposition manakala gambar 2 dan 3 diambil lebih kurang 2 minggu selepas tarikh opposition. Cassini division dapat dilihat dibahagian tepi gelang kiri dan kanan. Secara visual ia lebih jelas. Berhampiran dengan tarikh opposition saya dapat rakamkan titan. 

Seperti mana saya katakan sebelum ni, mungkin disebabkan cuaca, dan berkemungkinan besar disebabkan Zuhal dah semakin jauh dari bumi (saya rasa sebab kedua). Saya tak dapat lakukan cerapan selepas tarikh 17/06/2012 atas sebab cuaca.  Secara visual Titan masih kelihatan pada kali terakhir cerapan saya (dan memang sentiasa kelihatan sepanjang tahun). 

Encke Division

Saya ada baca secara teori teleskop 8inchi (ada yang kata 7inchi) berkualiti dapat digunakan untuk cerap Encke Division sekiranya keadaan cuaca yang sangat baik. Encke division berada paling luar dalam gelang Zuhal. Lebarnya lebih kecil dari Cassini Division (325km< 4800km).

Walaupun saya ada teleskop 10inchi yang berkualiti, saya tidak rasa saya dapat cerap Encke Division atas beberapa sebab. Antaranya, cuaca yang baik sukar didapati dan eyepiece yang saya ada tak cukup untuk cerap Encke Division. Saya perlukan eyepiece bermaknifikasi tinggi. Selain daripada itu, Encke division kecil dan memerlukan Zuhal untuk senget secara maksimum supaya dapat dilihat. 

Selain daripada tu saya ada juga perhatikan imej yang diambil oleh DrRowi dari blog beliau tahun ini. Saya perhatikan Imej Zuhal yang beliau rakam tidak kelihatan Encke Division. Tiada laporan pemerhatian Encke Division secara visual oleh beliau (setahu saya). Peralatan yang Dr Rowi gunakan JAUH lebih hebat dari apa yang saya ada. Saya tak periksa laporan cerapan/imej En Shahrin berkenaan Zuhal. 

Walaubagaimanapun saya lihat di FB page Damian Peach, imej Zuhal yang beliau rakam ada kelihatan Encke Division. (Kalau tak silap saya beliau ada rakam ribut di Zuhal juga). Damian Peach guna teleskop 14inchi dengan kamera/ccd yang canggih(dan mahal). 

Nota: Division (Encke/Cassini) adalah kawasan kosong antara gelang-gelang Zuhal. Sebagai contoh Cassini Division memisahkan gelang A dan B planet Zuhal.

Musim

Jun-Julai bulan akhir untuk saya cerap Zuhal. Ini disebabkan Zuhal semakin menjauh. Musim cerapan Zuhal untuk saya dah hampir tamat.  Lagipuun sejak transit venus baru-baru ini peminat astronomi dah mengalihkan pandangan kepada peristiwa berkenaan. 

Musytari(Jupiter) pula dah mula terbit disebelah timur waktu subuh. Masih jauh dari tarikh opposition tapi gambar yang di kirim oleh Damian Peach baru-baru ni menunjukan sesuatu yang menarik berlaku pada Musytari. Jalur awan utara( Northen Equatorial Belt) Musytari kelihatan bergolak. Komen pada gambar Damian Peach mencadangkan perkara itu jarang berlaku dan tidak berlaku hampir 50tahun sebelum ini.

Sistem cuaca Musytari agak misteri dan menjadi tumpuan Ahli Astronomi professional dan Amatur. Jalur selatan(Southern Equatorial Belt) Musytari sebagai contoh kadang-kadang hilang hampir 2 tahun dan boleh muncul semula. Pada tahun 2010 saya cerap Musytari, SEB tidak ada. Ketika itu saya gunakan magnifikasi 48x sahaja (rendah). Imej saya rakam dengan kamera (handheld) menunjukan ketiadaan SEB. Hanya beberapa bulan selepas saya cerap, SEB muncul semula setelah 2 tahun menghilang. Yang menarik, Saintis tidak faham mengapa ia berlaku. 

Penutup:

Saya gembira dengan teleskop yang saya ada. Cuma saya perlu akui saya perlu invest sedikit lagi untuk lengkapkan peralatan saya. Saya perlukan mount sesuai untuk Orion Apex 90mm, Eyepiece berkuasa tinggi (mungkin 10mm), dan finderscope baru (EZ finderscope yang dibuat dari plastic dah takbetul sangat). Buat masa ni saya kalau rosak teruk saya gunakan finderscope Orion Apex 90mm saya. 

Berkenaan dengan Zuhal: kali pertama saya cerap Zuhal dengan XT10 adalah bulan Jun 2010. Hanya dengan magnifikasi 48x saya rasa saya nampak Cassini Division. Kawan yang hadir ketika cerapan sifatkan ciri yang kami nampak sebagai garisan hitam. dengan magnifikasi 48 sukar untuk saya sahkan apa yang kami lihat. Kini saya rasa itu bukan Cassini Division sebaliknya jalur pada permukaan Zuhal ataupun ruang antara gelang dengan planet. Namun pada cerapan saya tahun ini dengan magnifikasi 160x, saya boleh sahkan saya lihat cassini division dengan teleskop saya. Dan saya rakam imej planet berkenaan dengan lebih baik. 

Tahun lepas saya sahkan saya boleh cerap GRS pada Musytari. Saya juga berjaya rakam gambar Musytari dengan GRS. Tahun ini saya berharap dapat cerap transit bulan planet Musytari. Kali terakhir cerap adalah Transit Io pada 2010. Itupun magnifikasi rendah jadi tak dapat saya nak pastikan. Kali ini harapnya berjaya.

Selain daripada itu, sekarang saya mula berjinak-jinak dengan DSO (Deep Sky Object). Selain Andromeda, Orion Nebula,Omega Centauri, dan Pleiades tak ada DSO lain yang saya cerap dengan Teleskop. Baru-baru ni saya scan langit dengan Bino, dan guna Stellarium untuk belajar kedudukan bintang dan DSO. Saya dapati Antares adalah bintang yang baik untuk saya jadikan rujukan untuk cerap DSO. Lagipun M4 berdekatan dengan Antares dan saya percaya saya perhatikan M4 dari bino 10x50 saya. 

Monday, 30 January 2012

Planet Zuhrah Menerusi Teleskop

Objek : Zuhrah (Venus)
Masa : 20:00-20:30
Tarikh: 30/01/12
Tempat: Jasin Melaka Malaysia
Cuaca: Sedikit berawan, Zuhrah berada lebih kurang (anggaran) 30-40 darjah dari ufuk.
Teleskop: Orion XT10, 15mm eyepiece +2x Barlow.. (160x Magnification) +zoom kamera nikon coolpix L18

Baru siang tadi rasanya saya menulis log cerapan yang saya sifatkan sebagai terakhir dalam bulan Januari. Namun malam ini saya berkesempatan meneropong ke planet Zuhrah dalam cerapan pendek saya yang kurang dari setengah jam.

Ini kerana faktor awan dan kepanasan malam menyebabkan saya memendekkan cerapan. Zuhrah cuma dapat saya lihat dalam setengah jam. Kemudian awan menutupi planet Zuhrah dan menyebabkan cerapan terpaksa dihentikan.

Sebelum ini seringkali saya pos gambar planet Zuhrah. Ini termasuk ijtimak planet Zuhrah dengan bulan dan dengan planet Utarid. Namun ini merupakan pos pertama saya mengenai planet Zuhrah menerusi teleskop. 

Planet Zuhrah boleh dilihat ketika/selepas matahari terbenam. Ia mempunyai kecerahan yang membolehkan ianya dilihat dengan mata kasar. Sering di panggil evening star dan kadang-kadang bintang kejora. Berikut adalah gambar venus,bulan dan musytari yang dirakam lebih kurang waktu yang sama pada 29/01/12.

Zuhrah (bawah), bulan (tengah) dan Musytari(atas) selepas matahari terbenam. 

Seperti di dalam gambar di atas, Zuhrah dan Musytari mudah dilihat dengan mata kasar sekiranya langit cerah tidak berawan. Semalam saya menumpukan cerapan pada bulan. Jadi tidak sempat saya halakan pada Zuhrah. Berikut adalah gambar Zuhrah melalui teleskop:

Imej Zuhrah yang diproses melalui Registax. Zuhrah terlalu cerah dan memerlukan filter untuk mengurangkan kecerahan. 






Imej diatas adalah imej Zuhrah yang diproses dengan menggunakan registax. Saya tidak berkesempatan untuk menggunakan filter untuk melihat perbezaan imej dengan mata kasar. Namun saya sempat merakam video dan memproses video berkenaan dan hasilnya tidak mengecewakan.

Pemerhatian: 

Di sekeliling planet Zuhrah kelihatan warna merah dan biru seperti dari pelangi. Ini mungkin disebabkan oleh serakan cahaya oleh atmosfera bumi ataupun kesan dari lensa kamera. Selain itu sebelum diproses imej yang dilihat dengan mata kasar amat cerah dan berkilauan (flare). Jadi secara ringkasnya saya tidak melihat apa-apa ciri atmosfera Zuhrah. Atmosfera bumi menyebabkan imej yang dilihat melalui teleskop tidak stabil. Ini membuatkan cerapan atmosfera Zuhrah agak mustahil dan sukar.

Walau bagaimanapun, perhatikan bentuk Zuhrah yang dirakam. Bulat?? tidak!! saya pasti sekiranya saya tidak melabelkan gambar tersebut sebagai Zuhrah, barangkali ada yang menyangka ianya bulan. Disebabkan  Zuhrah merupakan 'inner planet', maka ia mempunyai fasa seperti bulan (sabit/separa/ penuh etc). Anggaran saya dalam cerapan kali ini Zuhrah berada pada 70% penuh.

Berikut adalah video pendek yang saya rakam dan dimuatkan di laman youtube saya. 



Kesimpulan:

Mencerap Zuhrah melalui teleskop merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Dalam cerapan pertama ini saya sudah amat berpuas hati berjaya menyaksikan fasa planet Zuhrah. Akan datang saya akan cuba menggunakan filter untuk mengurangkan silau dari planet berkenaan.

Nota: Malam ini juga planet Musytari berada berdekatan dengan bulan. Saya tidak rakamkan gambar berkenaan. Saya pasti ramai yang merakamnya. Kini cuaca sudah mendung. Saya menunggu gambar dari sahabat-sahabat di internet. !

Saturday, 31 December 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012!

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakan, keluarga serta yang sudi membaca kiriman saya di dalam blog ini. Ini merupakan kiriman ucapan tahun baru kedua semenjak saya menulis blog ini.



Blog ini pada asalnya bertujuan bagi menjadi medium perkongsian aktiviti astronomi yang telah saya ceburi hampir 2 tahun. Dengan menulis blog ini, hobi astronomi dapat saya kekalkan sebagai hobi yang bermanafaat bagi saya. Boleh saya katakan, sebelum menceburi hobi astronomi, saya tidak mempunyai topik tetap untuk menulis.


Kini setelah hampir 2 tahun, saya merasakan tujuan utama saya menulis blog ini tercapai. Setiap kali saya melakukan cerapan, saya akan menulis berkenaan cerapan tersebut. Apabila berlaku peristiwa penting, saya juga akan menulis berkenaan dengannya. 

Saya kembangkan fokus blog ini kepada semua hobi utama saya termasuk, membaca, menonton drama korea, perbincangan isu semasa/politik, dan hobi-hobi minor seperti birdwatching dan mencerap awan. 


Sepintas lalu Little Hubble 2011

Pada awal tahun 2011, saya telah meletakan beberapa target dalam hobi astonomi serta blogging. Antaranya termasuk menulis berkenaan hal semasa serta menambah giatkan lagi aktiviti astronomi dan memperkembangkan nya di peringkat Kolej. Saya amat berbesar hati memandangkan saya ada menulis berkaitan isu tukar kerajaan dan negara kebajikan serta sedikit perasaan saya terhadap rusuhan di UK. Saya tidak banyak menulis isu politik di Malaysia, saya kurang menulis tentang isu-isu seperti ini kerana saya tidak cerdik dalam bidang berkenaan.

Ringkasan buku yang saya baca juga ada saya tuliskan, Front of the class, Memoirs Shamsiah Fakeh, serta Memoirs Ismael Beah ada saya kirimkan ringkasan serta pandangan. Tidak semua buku yang saya baca saya tulis ringkasan nya. 

Berkenaan dengan aktiviti astronomi bersama bakal pelajar saya, saya fikir kesibukan tugas mengajar serta pentadbiran akan menjadi penghalang utama saya memulakan kelab astronomi di tempat saya mengajar. Hakikatnya target tersebut masih belum dicapai bukan kerana sebab-sebab yang saya nyatakan, tetapi kerana saya sendiri masih belum di tempatkan di mana-mana kolej.  Jadi, saya dan rakan-rakan masih menunggu panggilan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami sudah menunggu 6 bulan, barangkali kami akan terpaksa menunggu lebih lama. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan rakan-rakan untuk terus mengekalkan semangat kami untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tahun 2011 saya fikir tahun terbaik saya dalam hobi astronomi. Bertemu dengan Prof Brian Cox ,Sir Patrick Moore dan Brian May di Astrofest merupakan pengalaman berharga. .Selain itu, cerapan yang saya lakukan semakin baik. Teknik rakaman gambar saya semakin baik. Walaupun menggunakan teknik afocal (teknik yang sangat amatur) saya berjaya merakam beberapa imej menarik ketika tahun 2011. Ini dapat dicapai dengan menggunakan teleskop 10inchi saya.

Dua gambar saya sumbangkan kepada Hotel Kompleks Falak Negeri Sembilan yang terletak di Port Dickson. Saya difahamkan gambar yang disumbangkan akan dipamerkan di Hotel berkenaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak hotel memberi peluang untuk gambar saya (yang di ambil dengan teknik yang sangat amatur) untuk di pamerkan di hotel berkenaan. Saya juga mengucapkan terima kasih atas saguhati yang diberi kepada saya.Pada mulanya agak keberatan untuk menghantar gambar saya memandangkan kualiti gambar yang kurang memuaskan serta saya kurang berpengalaman dalam mengunakan software bagi meningkatkan kualiti gambar. Namun saya fikir, tidak ada ruginya saya menghantar, sekiranya terpilih, ini membuktikan bahawa hobi astronomi tidak memerlukan kos serta peralatan rakaman yang mahal-mahal. 

Setelah menggunakan kaedah cuba jaya, saya berjaya menaikan resolusi gambar berkenaan dengan menggunakan software percuma. Berikut adalah gambar yang saya hantarkan kepada wakil Hotel Kompleks Falak Negeri Sembilan






Gambar Musytari (Jupiter) dan bulan nya Io menjadi gambar planet terbaik pernah saya rakam kan dalam hidup saya setakat ini. Bukan sahaja planet dan bulan, tetapi ciri seperti GRS dan barge pada Musytari amat jelas kelihatan. Imej tersebut saya rakamkan  ketika istiqbal( Opposition) Musytari 2011.

Manakala Gambar bulan yang saya ambil pada 7 November 2011 adalah gambar bulan paling menarik pernah saya rakam kan. Saya berjaya mencerap kawasan yang di panggil Lunar Libration Zone. Dua gambar ini merupakan pencapaian saya dalam hobi astronomi pada tahun 2011.

Target 2012


Dengan keadaan cuaca yang mendung akibat La Nina, saya tidak mempunyai target spesifik untuk tahun ini. Cuma saya akan kejar target yang gagal saya capai pada 2011, iaitu promosi bidang astronomi/falak kepada  pelajar. Insya'Allah jika di izinkan Allah dan di murahkan rezeki saya. Khuatir juga penempatan yang jauh menyukarkan saya membawa teleskop ke kolej.

Selain itu, saya akan cuba membaca banyak buku dari pelbagai genre. Barangkali akan saya tulis ringkasannya jika berkelapangan. Saya juga akan menulis laporan cerapan dengan lebih teratur. Saya tidak bercadang untuk menaik taraf peralatan, saya tidak fikir saya mampu dari segi ekonomi untuk berbuat demikian. Namun saya akan cuba menggunakan peralatan sedia ada semaksimum mungkin.

Tahun 2012 juga menjanjikan peristiwa astronomi yang menarik. Jika tidak ada aral saya mahu mencerap venus trasit pada tahun ini (dengan menggunakan projection technique) serta saya amat menanti Istiqbal Marikh tidak lama lagi. Semoga cuaca cerah dan jika berkelapangan saya akan menulis mengenainya.

Saya merancang, dan Allah juga merancangan, dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah swt. Saya berharap tahun 2012 merupakan tahun yang baik untuk aktiviti astronomi, serta tahun yang di beri keberkatan oleh Allah kepada semua rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012!!!  

Sunday, 4 December 2011

Birdwatching: Blue-Tailed Bee-Eater 2

Ini hari kedua memerhatikan burung di belakang rumah akak saya. Tak merancang untuk memerhati burung pada hari ini. Tapi tadi cuaca sedikit baik dan saya dengar burung berkicauan. Jadi saya set up kan teleskop dan camera.

Berkenaan dengan nama tempatan burung ini. Saya tidak jumpa nama melayunya. Cuma saya rasa ianya sejenis raja udang. Walaupun artikel wikipedia di dalam bahasa inggeris membezakan kingfisher dan bee eater. Persamaan saintifik antara kingfisher dan bee eater adalah kedua-duanya daripada order coraciiformes. Entah mengapa saya merasakan sains disebalik haiwan dan unggas lebih sukar dari astronomi. 

Gambar yang saya ambil bukanlah berkualiti baik, tidak seperti gambar yang diambil menggunakan kamera dan lensa yang mahal. Saya cuma gunakan teleskop astronomi saya untuk memerhati hidupan liar. Ada baiknya dari menunggu awan yang sentiasa menyeliputi langit malam. Teknik fotografi adalah teknik yang sama saya lakukan untuk merakamkan planet. Berikut adalah gambar yang saya rakamkan pada hari ini.













Tunggul pohon yang sudah mati menjadi tempat burung ini hinggap. Di sekelilingnya terdapat banyak serangga berterbangan. Saya dapat lihat burung ini terbang dan mendapatkan serangga. Saya tidak berjaya merakam gambar burung dengan serangga, barangkali ada limitation dalam peralatan yang digunakan (teleskop tidak stabil, kamera perlahan etc).

Walaupun tidak sebaik kamera mahal saya berpuas hati dapat memerhati unggas hanya dari tingkap bilik tidur. Video rakaman burung ini akan saya muat naik nanti. Sekian.

Kemaskini:

Video rakaman pemerhatian burung 4/12/11


Saturday, 3 December 2011

Birdwatching : Blue-Tailed Bee-Eater

7 hari sebelum gerhana bulan penuh 10 Disember 2011. Saya kini berada di Kuala Lumpur. Cuaca di Melaka tidak cerah pada petang dan malam hari. Begitu juga di Kuala Lumpur. Seperti mana ketika belajar di Twickenham, saya seronok memerhati burung-burung di dengan binokular. Di London, kadang-kadang, beri makan burung di tepi sungai thames. Ada post sebelum ini berkisar tentang aktiviti berkenaan.

Ini dikira post kedua berkenaan birdwatching yang saya kongsikan. Walaupun cuaca mendung dan musim tengkujuh, saya masih bawa juga teleskop Orion Maksutov Cassegrain 90mm saya. Ahhh, saya dapati ada habuk pada cermin utama. saya tidak pasti bagainama habuk boleh masuk kedalam tiub optik teleskop saya. Tapi saya percaya ianya tidak perlu di bersihkan kerana tidak menganggu imej.

Kali ini saya gunakan teleskop 90mm saya untuk tujuan melihat burung. Walaupun asalnya saya hendak merakam gambar monyet, tetapi monyet kelihatan seakan-akan tahu kehadiran saya. Mereka beredar sebaik teleskop saya siap untuk merakam telatah mereka.

Jadi saya teruskan dengan hidupan liar lain. Saya bernasib baik dapat merakam gambar seekor burung. Agak sukar merakam gambar hidupan liar menggunakan teleskop memandangkan mereka berkeliaran dan tidak duduk diam. Lokasi saya mengambil gambar adalah di belakang pangsapuri tempat akak saya menginap. Jadi, dari balkoni tempat menyidai baju saya lakukan aktiviti saya. Balkoni menghadap ke arah timur, saya fikir ia bagus untuk di gunakan sekiranya langit cerah 10 Disember nanti. Berikut adalah gambar yang saya rakam. Kualiti tidak memuaskan, cahaya kurang. Saya letakan kamera kecil Nikon Coolpix saya pada teleskop.



Saya teliti gambar yang saya rakam. Saya tidak punya pengalaman dalam meneliti unggas dan hidupan liar. Namun setelah melakukan sedikit carian dengan google. Saya yakin saya dapat mengenal pasti burung yang saya lihat petang tadi.

Burung berkenaan adalah Blue-Tailed Bee-Eater atau nama saintifiknya Merops Philippinus. Spesies burung ini banyak di sekitar asia tenggara. Ianya juga berhijrah dan pada musim tertentu dilihat di semenanjung India. Ciri yang dinyatakan di wikipedia adalah berwarna hijau dan terdapat belang hitam pada mata. saya fikir ciri ini sama dengan burung yang saya lihat melalui teleskop saya. Spesies burung ini dikira sebagai tidak terancam. Seperti namanya, burung ini memakan serangga seperti kumbang dan pepatung.

Walaupun objektif untuk merakam imej monyet di sekitar belakang rumah akak saya tidak kesampaian, namun saya berjaya merakam gambar burung melalui teleskop saya. Ini kali pertama saya menggunakan teleskop saya untuk aktiviti bukan astronomi. Harapanya langit yang mendung akan cerah pada 10 Disember nanti. Sekian.

Nota: saya gagal mendapatkan nama tempatan bagi burung ini. Asalnya saya ingatkan sejenis burung raja udang. Tapi saya rasa ianya berbeza.

Tuesday, 22 November 2011

Cuaca dan Astronomi

Hobi Astronomi ni perlukan kesabaran. Terutama sekali sebab ianya berkait dengan keadaan cuaca. Sebab tu lah kadang-kadang teleskop yang mahal, kalau susah nak set up, pun tak guna juga. Baik teleskop murah dan mudah set up, asal cuaca cerah je, boleh observe. Tak perlu makan masa, kalau teleskop yang susah set up, besar pula, ambil masa, dan kadang-kadang cuaca tak menyebelahi.

Kat UK, musim sejuk jarang-jarang cerah, musim panas pula asik hujan. Kat Malaysia sekarang pula memang musim hujan. Kadang-kadang je rajin nak keluar tengah-tengah malam, dan nasib-nasib cerah. Itu pun bukan keseluruhan langit.

Jam 1912 tadi keluar buang sampah. Langit berawan, tapi sebelah timur dan barat masing-masing ada bintang cerah. Sebelah timur Musytari (Jupiter) sebelah Barat Zuhrah (Venus). Lepas masuk rumah, after solat (Jam 1930), keluar sekejap ingat kan nak ambil gambar (sekaligus menilai cuaca cukup baik atau tidak untuk cerapan). Planet Zuhrah dah kena tutup dengan awan. Bukan calang-calang awan, siap kilat sambar menyambar. 

Jadi memang tak menjadilah nak mencerap Orion nebula malam nnt. Sekarang separuh langit ditutupi awan. Jupiter nampak, cuma rasanya tak lama lagi ditutup awan lah tu. Jadi memang lah kena bersabar dengan hobi ni. Tapi bila dapat cerap sekali dua, memang perasaan teruja tak terhingga. Jadi dalam post ni nak share sikit gambar-gambar yang di ambil dari kamera kecil Nikon Coolpix dari siang tadi, hinggalah malam.
Cuaca pada Jam 1500 hari ini. Jalur Gemilang berlatarkan awan di langit

Mengintai Musytari di celahan pohon kelapa

Musytari betul-betul berada di celah daun kelapa

Langit barat, Awan hitam berarak menutup Zuhrah









Bukan calang-calang awan, sekali dengan petir dan guruh. Cuaca di Malaysia bumi tercinta.

Friday, 28 October 2011

Bila Cuaca Berawan..

  • 26hb Oktober lepas selamat transfer teleskop Orion XT10 dari Putrajaya ke Melaka. Tamat sudah perjalanan teleskop dari Birminghan sampai lah ke Asahan. Teleskop Orion XT10 ni lah teleskop kegemaran.
  • 26hb malam sempat cerap Musytari (Jupiter), tapi awan menutup tirai malam. Tak sampai seminit cerap. Imej yang di hasilkan mantap. Eyepiece 15mm, letak lagi dengan 2x barlow. Anyway, sekurang-kurangnya dapat test imej lepas collimate teleskop siang hari nya.
  • Dan seperti biasa, nasib sama macam baru mula-mula beli teleskop. Mendung, hujan di waktu petang/malam. Bangun waktu subuh pun cloudy juga. Jadi masih tak berkesempatan nak cerap Musytari. Sangat-sangat bercadang nak capture imej Musytari sempena Opposition bulan ni.
  • Seperti biasa, sejak-sejak balik ke Malaysia dan mengangur menungu kerja ni, kalau berawan dan mendung saya tangkap gambar awan. Awan pun cantik jugak.. Dalam post ni saya sertakan beberapa gambar awan yang di tangkap, serta time lapse awan siang tadi. Semuanya pakai camera compact Nikon Coolpix 8Mpixel.
  • Walaupun kamera cikai, tp saya puas hati sebab dah gunakan fungsinya sepenuhnya. Dari berjalan-jalan melancong, Astrophotography, clouds timelapse, video etc2..ok, video kat bawah adalah video yang diproses siang td. Gambar di ambil selang 10 saat selamat 50 min. Pastu proses semua gambar pakai make avi software dan terhasil la time lapse 21 saat..enjoy!.



  • Maybe bukan time lapse yang berkualiti. Kalau pakai camera canggih-canggih, dengan remote control segala bagai, lagi senang. Tutorial penuh camna nak buat time lapse boleh di dapati ada link ini.
  • Gambar kat bawah pula adalah beberapa gambar awan yang di ambil sebelum ni.
Awan siang tadi 28hb Oktober selepas solat Jumaat

Awan, bumbung rumah, pokok kepaya

Awan yang sama dengan awan atas, cuma di ambil dari sudut berbeza

Awan dan tunggul pokok kelapa
Awan dan kampung Relau Asahan
  • Kesimpulannya, bila cuaca berawan, tiadalah aktiviti mencerap di malam hari. Tapi seronok jugak tengok awan. Perasan atau tidak, waktu kecik2 dulu selalu tengok awan, tengok bulan. Bila jalan jauh-jauh, kita mesti fikir bulan ikut kita.hahaha..mungkin dengan memikirkan macam tu boleh wat kita rasa tenang dalam perjalanan jauh..Kita adalah moon gazer/cloud chaser sejak kecil lagi :-)
  • Sekarang dah penghujung bulan 10, harapnya berita baik sampai bulan depan. Semoga Allah memudahkan segala urusan kami di muka bumi ini.

Friday, 14 October 2011

Musytari (Jupiter) menghampiri Bumi


Jika anda mengharapkan post kali ini berkaitan dengan planet Musytari hendak melanggar Bumi, saya terpaksa mengecewakan anda. Setakat ini tiada kedengaran dari Planetary Defence Force yang ada objek hendak melanggar bumi.

Post ringkas kali ini berkaitan dengan peristiwa yang di panggil Istiqbal (dalam bahasa arab) ataupun opposition (English). Istiqbal Musytari akan berlaku pada 29 hb Oktober tahun 2011. Peristiwa ini amat penting bagi segenap lapisan masyarakat kerana ini adalah masa terbaik untuk mencerap Musytari. Mengapa? kerana Musytari berada dalam kedudukan paling hampir dengan bumi berbanding kedudukanya sepanjang tahun ini.

Apa itu Istiqbal/Opposition?

Saya fikir gambar di bawah dapat menerangkan secara jelas apa yang di maksudkan dengan istiqbal/ opposition. Gambar menunjukan kedudukan Musytari dan Bumi ketika Istiqbal nanti.

Gambar 1: Musytari dan Bumi pada 29hb Oktober 2011. Kedudukan Musytari pada orbitnya menghampiri Bumi

Istiqbal dari segi bahasa bermaksud perbuatan menghampiri sesuatu. Di dalam kes Istiqbal Musytari, Musytari dan Bumi menghampiri antara satu sama lain. Seperti di dalam gambar di atas bumi berada di antara matahari dan Musytari. Musytari dan Matahari berada bertentangan antara satu sama lain (Opposite). Jadi kedudukan seperti di dalam gambar 1 merujuk kepada Istiqbal/Opposition.

Masa terbaik mencerap Musytari


Ketika Istiqbal (atau beberapa hari sebelum dan selepas), Musytari akan kelihatan cerah di langit. Ketika ini, Musytari adalah objek yang kedua paling cerah di langit selepas bulan. Kecerahan disebabkan oleh kedudukan Musytari berdekatan dengan Bumi. Teleskop berfungsi sebagai alat untuk mengumpul cahaya, justeru, imej Musytari menerusi teleskop akan kelihatan lebih jelas dan ciri pada planet akan lebih signifikan. 
Gambar 2: Bulan dan Jupiter pada 15hb September 2011. Jupiter kelihatan cerah di bawah bulan seakan menari-menari bersama di langit cerah.

Ketika Istiqbal tahun lepas (Laporan Cerapan) saya mendapati saiz Musytari lebih besar berbanding dengan saiz Musytari sebulan sebelum Istiqbal (melalui teleskop XT10). Ini memberikan kepuasan di dalam melakukan cerapan. Bagi yang memiliki teleskop berdiameter besar, ini merupakan masa terbaik untuk mencerap ribut di Musytari (Great Red Spot). 

Apa yang boleh dilihat pada Musytari?


Musytari merupakan objek kegemaran peminat astronomi amatur memandangkan ianya mudah di cari dan banyak perkara menarik boleh di cerap melalui teleskop. 

Belts(Jalur) pada Musytari merupakan ciri yang paling jelas boleh di lihat. Apa yang menarik ialah, belts pada Musytari akan hilang pada sesetengah waktu. Kadang-kadang belts pada Musytari mengambil masa sehingga 2 tahun untuk muncul kembali. Saintis masih belum memahami sepenuhnya cuaca di Musytari dan bagaimana belts pada Musytari boleh terbentuk dan hilang secara tiba-tiba. (Artikel Nasa)
Gambar 3: Imej  Musytari yang di ambil pada September 2010. Southern belt tidak kelihatan.( Gambar terbalik, bahagian selatan adalah bahagian sebelah atas)
Gambar 4: Diambil pada 15 September 2011, Kedua-dua belts kelihatan pada Musytari.



Gambar 3 dan 4 menunjukan perbezaan jelas tentang ciri yang di panggil sebagai Belts (Jalur). Pada bulan September 2010, Southern Equatorial Belt tidak kelihatan dan memudahkan cerapan Great Red Spot (terletak pada southern equatorial). Kedua-kedua gambar di atas di ambil dengan teknik amatur, jadi kualiti agak tidak baik, tapi saya berpuas hati kerana gambar tersebut di ambil oleh saya secara sendiri. Gambar 3 adalah gambar Musytari pertama yang saya ambil dalam penglibatan saya dalam hobi ini.

Selain daripada itu, Musytari popular kerana pergerakan bulan-bulan nya mengelilingi Planet kelihatan seolah-olah seperti sistem suria mini. Terdapat 4 bulan Musytari yang jelas kelihatan, iaitu, Ganymede, Calisto, Io dan Europa. Saya pernah melihat 3 bulan Musytari menggunakan binokular Celestron Upclose 10x50 (Laporan Cerapan).

Dengan menggunakan teleskop, peristiwa lebih menarik seperti moon transit pada Musytari boleh di cerap. Ianya berlaku apabila bulan Musytari berada diantara Musytari dan Matahari kelihatan seolah-olah bulan berkenaan merentasi Musytari jika di lihat dari Bumi. Saya pernah melihat Io transit pada Musytari. Jelas kelihatan Bulan-bulan berkenaan bergerak mengorbit Musytari seakan sistem solar mini.

Kesimpulan

Secara keseluruhan Istiqbal Musytari memberikan peluang yang baik bagi peminat astronomi untuk mencerap planet berkenaan. Ciri-ciri yang saya nyatakan boleh di lihat dengan lebih jelas berbanding masa-masa lain sepanjang tahun. Ini juga merupakan masa terbaik untuk merakam imej berkenaan memandangkan Musytari berada dekat dengan Bumi.

Selamat Melakukan Cerapan Musytari, Istiqbal Musytari 2011!

Saturday, 3 September 2011

Mencerap Musytari buat kali pertama di Malaysia

Tarikh Cerapan: 04/09/10
Waktu                : 0030-0200
Objek                 : Musytari (Jupiter)
Peralatan          : Orion Apex 90mm Mak Cass
Fotografi           : Afocal menggunakan kamera compact Nikon coolpix 8Megapixel
  1. Beberapa minit sebelum saya menulis post ini, saya berjaya mencerap Musytari buat kali pertama dengan orion 90mm Mak-Cass.
  2. Sudah pasti imej ada perbezaan dengan orion xt10 dobsonian saya.
  3. Saya dapat melihat 2 equatorial belt dengan sedikit samar2. Ini berbeza dengan teleskop besar. Saya juga cuma dapat melihat 3 bulan Jupiter berbanding 4 dengan teleskop besar saya. Bulan berkenaan adalah Ganymede, Europa, dan Calisto. Io tidak kelihatan.
  4. Saya gagal merakam imej yang baik untuk di kongsikan. Saya akan cuba edit video yang saya rakamkan semasa pencerapan.
  5. Cuaca di Malaysia pula panas dan lembab, tidak seperti yang saya jangkakan, ianya kurang selesa. Jika dulu di UK, cuaca dibawah paras beku menjadi cabaran untuk mencerap, kini cuaca panas, dan lembab menjadi saya rasa kurang selesa. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencerap selama lebih dari sejam.
  6. Tambah menyulitkan, nyamuk di kaki Gunung Ledang ini memang buas. :)... Satu lagi list untuk mencerap di Malaysia adalah Ubat Nyamuk!!!...
  7. Kesimpulanya, saya berpuas hati dengan imej Musytari yang saya lihat. Walaupun pada mulanya imej sukar untuk fokus di sebabkan Musytari berada hampir dengan ufuk, beberapa minit selepas itu Imej bertambah baik apabila Musytari mula ''meninggi di langit''...
  8. Insya'Allah dengan teleskop 10inch mungkin saya akan mendapat imej untuk di kongsi di dalam laporan saya. Teleskop kecil, dengan hanya menggunakan camera tripod + teknik fotografi amatur (afocal) menyebabkan saya tidak mampu merakam imej yang baik. Saya akan cuba insya'Allah kalau di izinkan untuk mengubahsuai web cam untuk planetary photography...
  9. Sekian..Selamat Menyambut Aidilfitri...
Kemaskini:

Berikut adalah imej dan video Musytari yang berjaya saya rakamkan dengan kamera nikon coolpix saya. Bulan Musytari tidak kelihatan. Bulan depan merupakan Jupiter's opposition.. jd jupiter akan kelihatan lebih cerah dari biasa kerana ia berada berdekatan dengan bumi. Saya akan tulis laporan cerapan ketika opposition nanti!!


Saturday, 9 April 2011

Lunar observation using Orion Apex 90mm Mak Cass

On 09/04/11, I observed the moon around 2000 to 2104 hr. Moon was 33% full waxing crescent. The sky was very clear however, it was a bit windy. I mounted my telescope only on camera tripod hence, it was not very stable and a little bit wobbly. I successfully took some pictures and a video of the moon with the help of Bader Planetarium camera adapter that I bought on February at Astrofest this year. The video and pictures was taken using Afocal technique, a popular method among beginners like me. It's cheap (compare to CCD or DSLR photography) and reasonably easy.  Below is the video and a picture I took during my observation:




A lot of craters visible through 90mm Telescope. Big crater such as theopilus, cryllius, and catherina( the trio) among the craters that you can easily see even with a small binocular.(picture taken using Nikon Coolpix L18 8Megapixel)


Saturday, 2 April 2011

Log Cerapan: Saturn dua hari sebelum opposition

Object: Saturn
Equipment: Orion Apex 90mm Maksutov Cassegrain 
Date:01/04/11
Time: 2100-2300
Saturn menerusi Orion Apex 90mm, gambar di ambil dari video yang dirakam menggunakan Nikon Coolpix Camera

Kedudukan  bulan Saturn pada Jam 2256 01/04/11, Hanya Titan yang kelihatan menerusi Orion Apex 90mm (gambar dihasilkan dari website WWU Planetarium).
  1. Langit cerah seperti yang diramalkan, saya menunggu sehingga pukul 9 untuk mencari saturn yang sepatutnya sudah terbit seawal selepas matahari terbenam
  2. Ini merupakkan pertama kali saya menggunakan Teleskop Orion Apex 90mm Mak-Cass. Kiranya Saturn merupakan 1st light saya untuk telescope ini.
  3. Secara keseluruhan setup agak mudah cuma pada awalnya saya agak struggle untuk biasakan diri dengan tripod. Memandangkan saya guna tripod camera biasa, agak sukar untuk halakan arah teleskop secara tepat.
  4. Tidak sukar untuk saya cari saturn, saya jadikan buruj biduk sebagai reference. 
  5. Imej: Imej yang saya lihat dengan menggunakan eyepiece 25mm adalah sangat jelas. Saturn ring juga jelas kelihatan walaupun ianya kelihatan sangat kecil. 
  6. pada mulanya saya tidak nampak mana2 bulan saturn. Tapi lama kelamaan, selepas mata saya telah adapt dengan suasana gelap, saya mula nampak Titan. Satu2  nya bulan saturn yang saya nampak dengan menggunakan telescope ini. 
  7. Saiz teleskop ini sngt kecil dibandingkan dengan Orion XT10, namun Orion tidak pernah mengecewakan saya, Imej yang saya perhatikan sangat jelas dan cantik walaupun diameter cermin cuma 90mm. Gambar diatas merupkan gambar yang saya ambil dengan menggunakan camera digital biasa. Titan tidak kelihatan dalam gambar, namun kedudukan Titan seolah2 berada di bawah Saturn.
  8. Berikut adalah video yang sempat saya rakamkan malam semalam:


Semoga langit cerah sepanjang cuti spring yang bakal menjelang. Bercadang untuk mencuba teleskop Orion XT4.5 milik kawan di Birmingham. Sekian

Monday, 7 February 2011

Seimbas lalu Astrofest 2011 London

   Pada 4-5 hb Febuari lepas saya telah menghadiri European Astrofest yang di anjurkan oleh Astronomy Now Magazine bertempat di Kensington Town Hall London. Sepanjang 2 hari event berlangsung, masa berlalu begitu pantas tanpa saya sedari, barangkali mungkin saya di kelilingi oleh bermacam-macam jenis teleskop, buku-buku serta poster-poster yang berkaitan dengan astronomi.

Hari Pertama Astrofest

   Pada pagi pertama event berlangsung, saya dapat rasakan kehadiran pengunjung agak kurang berbanding sebelah petang. Barangkali kerana masing-masing masih belum pulang dari kerja. Saya mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan di sekitar bilik pameran bagi mengintai aksesori-aksesori yang boleh saya beli. Pada hari pertama juga, berlangsung talk yang memaparkan fenomena serta isu astronomi terkini. Antara talk yang berlangsung pada hari pertama ialah:

1)Phobos and Deimos, The amazing moons of mars by Emily Baldwin dari Astronomy Now
2)Observing with Faulkes Telescopes by Paul Roche dari Faulkes Telescopes
3)Epsilon Aurigae: Eclipse beyond the solar system by Natalie Thureau dari University of St Andrews
4)Strangers and Giants: Uranus and Neptune by Chris Arridge dari UCL Mullard Space Science Laboratory
5)Fred Hoyle, Cosmologist and controversialist by Simon Mitton dari University of Cambridge
6)Lunar transient phenomena and modern understanding of the moon by Chuck Wood dari Planetary Science Institute, Arizona
7) Seeing how galaxies form: new observation from hubble and herschel by Steeve Eales dari Cardiff University
8) 2012-No time to end the world by Ed Krupp dari Griffith Observatory Los Angeles.

Ed Krupp-2012

   Terlalu banyak informasi yang saya terima dalam satu hari tidak dapat saya kongsikan semuanya di sini. Namun antara talk yang menarik perhatian saya pada hari pertama ialah talk berkenaan tahun 2012 oleh Ed Krupp. Ed Krupp adalah seorang ahli astroacheology yang menjalankan kajian mengenai astronomi tamadun-tamadun kuno. Beliau amat memahami kalendar Tamadun Maya yang di katakan meramal bahawa bumi akan musnah pada tahun 2012. Dalam talk beliau, beliau menjelaskan bahawa dakwaan tersebut ternyata tidak benar bahkan kalendar tamadun maya di salah tafsir. Bukan mudah untuk saya fahami talk beliau memandangkan beliau banyak menyentuh cara kiraan hari dalam tamadun maya yang begitu asing bagi saya.

Bersama Prof Don Kurtz University of Central Lancashire

   Pada hari pertama juga saya sempat melawat pameran dari University of Central Lachashire. Saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan Prof Don Kurtz, penyelidik di universiti berkenaan. Beliau yang juga di temuramah oleh ahli komedi bristish Dara O'Brian bagi program Stargazing Live BBC 2 melakukan penyelidikan dalam bidang astroseismology serta terlibat dalam Nasa Kepler Mission. Beliau sempat berkongsi pengalaman melawat planetarium di Malaysia dan bertemu dengan Head of United Nation office of outer space affairs Dr Mazlan Othman. Sebelum pulang, beliau sempat memberi saya 2 poster berkaitan dengan kajian beliau. Salah satu poster beliau minta saya kongsikan dengan guru sekolah tempat saya placement akan datang.

   Saya fikir kehadiran pelatih guru atau guru di event seperti ini mendapat sambutan dari exhibitor. Exhibitor University of Glamorgan dengan senang hati berkongsi sebuah buku latihan bagi pelajar sekolah menengah kepada saya. Buku terbabit merupkan hasil terbitan European Space Agency (education). Saya fikir ianya langkah yang baik bagi memberikan kesedaran sains angkasa pada anak-anak muda.

Hari Kedua Astrofest

   Seperti yang saya jangka hari kedua mengundang lebih ramai pengunjung. Cuti hari sabtu serta aktiviti hari kedua yang lebih menarik membuatkan pengunjung lebih ramai dari semalam. Selain daripada talk-talk astronomi, Prof Brian Cox, host Wonders of the Solar System, Sir Patrick Moore dan Dr Brian May hadir pada hari kedua untuk sesi autograph buku-buku mereka.

Tajuk-tajuk talk pada hari kedua adalah seperti di bawah:

1) Near Earth Objects-what's out there? by Alan Fitzsimmons dari Queen's University, Belfast
2) The Forgotten films of Apollo by Chris Riley seorang penulis dan director filem
3)It IS rocket science by Helen Keen seorang penulis dan pelawak
4)Under stone-age skies by Ed Krupp Astroacheologist
5)Learning to read the moon Chuck Wood dari Planetary Science Institute, Arizona
6)How Astronomers are mapping our galaxy by Gerry Gilmore dari University of Cambridge
7)Recreating the early universe by prof Brian Cox University of Manchester
8)Sir Arthur Eddington, the man who demonstrated relativity by Allan Chapman dari University of Oxford

   Talk dari prof Brian Cox menjadi tumpuan ramai. Orang ramai memenuhi dewan lama sebelum talk bermula. Mujur saya dapat tempat duduk yang tidak kurang strategiknya. Namun talk yang sangat menarik perhatian saya ialah talk pertama dari Alan Fitzsimmins dan talk kedua dari pembuat filem Chris Riley. Allan merupakan seorang astronomer yang terlibat dalam mempertahan bumi dari serangan  asteroid . Menurut beliau, beliau terbabit dalam mengesan  asteroid yang berkemungkinan melanggar bumi serta memusnahkan bumi. Tidak cukup dengan teleskop di bumi, European Space Agency dan Nasa menggunakan satellite serta teleskop yang siap mengorbit bumi dalam mempertahankan bumi dari di hentam  asteroid.

Alan Fitzsimmons 
Kesan Asteroid 2008 T3 yang berjaya dirakamkan di Sudan (image :Muawia Shaddad)

   Satellite Neo Sat digunakan bagi mengesan  asteroid yang berada di belakang matahari. Ini meningkatkan lagi keberkesanan mengesan asteroid yang bakal melanggar bumi. Kejayaan sistem ini mengesan dan meramal laluan asteroid 2008 T3 yang memasuki atmosfera bumi (utara Sudan) pada tahun 2008, 20 jam sebelum pelanggaran berlaku membuktikan sistem pertahanan asteroid bumi berkesan. Menurut Beliau setakat ini sekitar 7556 asteroid menghampiri bumi namun cuma satu berjaya memasuki atmosfera bumi.

   Talk kedua dari pembuat filem Chris Riley pula menakjubkan saya mengenai kesungguhan serta kesukaran astronaut pada sekitar tahun 60an dalam merakam filem bagi tujuan penyelidikan serta kejuruteraan angkasa. Chris Riley terlibat dalam membongkar semua filem-filem lama bagi tujuan dokumentari. Filem sepanjang 10 000 batu di telilti bagi memastikan dokumentari berharga dapat dihasilkan. Antara dokumentari yang pernah beliau hasilkan ialah In the shadow of the moon dan Moon Walk 1.

Wonders of the Solar System

 Bergambar bersama Prof Brian Cox, host Wonders of the Solar System BBC 2

 Bertemu dengan Dr Brian May kiri, dan Sir Patrick Moore

Ketika beratur bagi sesi tandatangan buku Prof Brian Cox

   Pada hari kedua juga saya berkesempatan berjumpa serta bergambar dengan prof Brian Cox. Saya terpaksa beratur panjang memandangkan ramai orang ingin berjumpa dan mendapatkan tandatangan beliau. Mujur saya beratur awal, jadi saya tidak terlepas mana-mana talk selepas itu. Prof Brian Cox popular dengan BBC tv series Wonders of the solar system serta siri terbarunya yang bakal muncul di kaca TV pada March 6 bertajuk Wonders of the Universe.

Souvenir astrofest


Majalah-majalah lama astronomy now yang boleh dibeli dengan harga GBP1 untuk 4 buah majalah

   Saya mengambil peluang untuk bershopping sedikit aksesori untuk aktiviti astronomi saya. Antara yang menjadi pilihan saya ialah digital camera adapter dari Baader Planetarium, 15mm Plossl eyepiece, 32mm Super Widefield Eyepiece Q70 dari Orion. Digital Camera adapter saya beli bagi tujuan unconventional astrophotography memandangkan astrophotography sememangnya menelan belanja yang tinggi. Sebelum ini saya ambil gambar dengan menghalakan kamera saya pada eyepiece, kini saya boleh meletakan kamera pada adapter tanpa ada masalah gegaran. Saya harap camera adapter dapat membantu saya bagi merakam imej planet serta bulan.
Aksesori dan buku yang dibeli dari Astrofest 2011

   SW Q70 32mm pula sememangnya saya inginkan sejak dulu. Walaupun harganya agak ''galak'' tapi saya fikir dari segi kualiti dan review, ianya amat berpatutan. Saya tidak terlepas dari membeli majalah lama astronomy now serta buku Data Book of Astronomy yang di tulis oleh Sir Patrick moore. Selain itu banyak poster,postcard serta pen yang saya dapat dari pelbagai pihak sepanjang event berlangsung secara percuma.

   Pokoknya hujung minggu saya berlalu dengan penuh bermakna pada 4-5 Febuari lepas. Tahun hadapan tiada Astrofest untuk saya. Barangkali saya akan terlalu sibuk dengan tugas sebagai seorang guru. Harapnya saya masih ada sedikit kelapangan untuk hobi saya nnt. Untuk rakan-rakan yang masih berada di United Kingdom tahun hadapan, ambilah peluang untuk menghadiri event seperti ini sebelum anda pulang!!!