Wednesday, 12 January 2011

Menjelang Astrofest 2011; Wonders of the Solar System dan pembentangan topik astronomi



Bahang European Astrofest 2011 semakin terasa. Saya mendapat makluman daripada facebook page Astrofest,  bahawa Professor Brian Cox dan Sir Patrick More akan mengadakan sesi tandatangan autograph pada buku masing-masing pada hari ke dua festival astronomi yang bertempat di Kensington, London. Astrofest 2011 berlangsung pada 4-5 Febuari menampilkan pelbagai ceramah menarik dari ahli-ahli astronomi professional.

Prof Brian Cox sendiri bakal berucap berkenaan dengan eksperimen yang beliau jalankan di Cern Switzerland. Large Hadron Collider, particle accelerator berukur lilit 27 km yang berada di sempadan Switzerland dan France bakal menjadi tumpuan pada hari ke dua Astrofest.

Terdapat banyak lagi ceramah yang menarik, ini termasuk ceramah berkaitan dengan bulan Mars, Phobos dan Deimos, serta ceramah berkaitan Uranus dan Neptune. Pastinya tahun akhir saya di United Kingdom akan saya kenang dengan aktiviti astronomi yang menarik seperti Astrofest 2011.

Wonders of the Solar System


Wonders of the Solar System

Buku Wonders of the Solar System baru sahaja saya beli melalui Amazon. Harga buku GBP9.40 sangat berpatutan berbanding dengan harga di kedai-kedai buku seperti waterstone. Penulis buku prof Brian Cox kini semakin popular termasuk dengan kemunculannya di Stargazing Live BBC baru-baru ini. Pendekatan mempromosi astronomi oleh BBC amat saya kagumi. BBC bukan sahaja menjadikan ahli astronomi professional sebagai host, tetapi juga menjemput ahli komedi terkemuka seperti Dara O'Brian bagi menjayakan rancangan Stargazing Live. Banyak input menarik yang berfaedah saya dapati dari rancangan berkenaan.

Antara gambar-gambar di dalam buku wonders of the solar system

Insya'Allah pada 5 Febuari, saya akan dapatkan autograph prof Brian Cox pada buku wonder of the solar system. Pastinya buku berkenaan bakal menjadi koleksi yang saya hargai satu hari nanti. Buku ini ditulis berdasarkan rancangan keluaran BBC pada tahun 2010, Wonder of the Solar System. Suatu dokumentari yang menarik minat saya dalam bidang astronomi. Kandungan buku ini di garap dengan sungguh menarik lengkap dengan gambar-gambar yang hebat dan di luar jangkauan minda.

Saya suka mencadangkan kepada rakan-rakan yang berminat dengan astronomi untuk memiliki buku ini. Sesuai untuk bahan bacaan pelajar sekolah menengah sebagai suatu perangsang untuk menceburkan diri dalam bidang astronomi dan astrofizik.

Pembentangan Subjek A-level Physics 

Entry berkenaan European astrofest 2011 akan saya post secepat mungkin sejurus selepas event berlangsung. Juga pada penghujung bulan Januari, saya akan membuat pembentangan berkenaan tajuk Observational Astronomy bagi silibus physics A level. Pembentangan merupakan sebahagian dari modul latihan perguruan yang sedang saya jalani di Twickenham.

Perasaan risau membelengu diri memandangkan saya tidak pernah belajar mana-mana modul astronomi sebelum ini. Namun Tajuk astronomi saya pilih sebagai satu cabaran memandangkan saya memang merancang untuk mengajar satu, dua bab astronomi di luar waktu kuliah bila pulang ke Malaysia suatu hari nanti. Hal ini memandangkan, tiada topik astronomi dalam silibus fizik matrikulasi dan sekolah menengah di Malaysia.

Pembentangan menjurus kepada strategi dan kaedah mengajar tajuk yang saya pilih. Saya dikehendaki menyediakan sumber-sumber sesuai berkenaan tajuk serta pendekatan yang boleh di gunakan bagi memastikan pelajar memahami tajuk berkenaan. Insya'Allah jika ada kesempatan saya akan postkan serba sedikit bahan-bahan pembentangan saya. Pembentangan akan berlangsung ada 31 Januari 2011. Beberapa hari sebelum European Astrofest.

Sila rujuk link di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Astrofest 2011

Website Astrofest 2011
Facebook Page Astrofest 2011
Official Blog Astrofest 2011

2 comments:

  1. bun gud luck 4 presentation..
    gud idea sbbnya astronomi kt msia mmg xde byk pendedahan..

    ReplyDelete
  2. ak presentation selalu..xda kira markah pun..xda hal punya..tahniah dapat kerja kat penang

    ReplyDelete