Monday, 11 April 2011

50 tahun ulangtahun manusia di angkasa: Sejauh mana penglibatan Malaysia dalam bidang sains angkasa dan Astronomi?

Yuri Gagarin dan Vostok 1 ( Gambar di ambil dari news Hawker
12 April 2011 genap 50 tahun manusia menakluk angkasa. 12 April 1961, Mejar Yuri Gagarin menjadi wira Russia menjadi manusia pertama mengorbit bumi dengan menaiki kapal angkasa Vostok 1.  Esok youtube bakal menayangkan filem ''first orbit'' arahan Chris Riley, sebagai memperingati ulangtahun berlepasnya Yuri Gagarin ke angkasa. Skrin-skrin besar BBC sekitar London akan menayangkan filem berkenaan pada 12 April ini. Tidak  cukup dengan tayangan filem, pada 14 July 2011 ini, tugu memperingati Yuri Gagarin akan di tegakan di London. Semangat dan keberanian Yuri Gagarin bukan sahaja menjadi motivasi kepada masyarakat Russia, bahkan masyarakat Eropah keseluruhanya. Berikut adalah trailer filem 1st orbit yang bakal muncul pada 12 April ini di Youtube:



Penglibatan Malaysia dalam bidang sains angkasa

Malaysia bukanlah gergasi dalam bidang angkasa, tidak seperti China, India dan Jepun yang kian menceburkan diri dalam bidang ini, jauh sekali di bandingkan dengan Russia dan United States. Namun, selepas merdeka, tidak kurang juga usaha-usaha yang kita lakukan dalam bidang sains angkasa. Kita punyai beberapa satellite yang berada di angkasa. Kita punyai 'Malaysian National Space Agency'. Kita juga punyai Angkasawan yang pernah melawat International Space Station (ISS.
Barangkali kita tidak memperingati Angkasawan pertama seperti dunia memperingati Yuri Gagarin, Buzz Aldrin, Neil Amstrong dan lain-lain. Namun, apa jua pandangan kita terhadap program angkasawan negara, perlu kita tanamkan semangat dalam diri kita, untuk menyokong Malaysia, terlibat secara langsung dalam bidang sains angkasa. Saya  diantara rakyat Malaysia yang kurang memahami tujuan program angkasawan negara, tetapi saya fikir, biar program ini menjadi suatu permulaan dan titik pembaharuan dalam bidang sains angkasa di Malaysia. Semoga program angkasawan akan datang lebih baik dari program angkasawan yang sedia ada.
Angkasawan Pertama Malaysia (sumber: The Star)

Malaysian National Space Agency(ANGKASA):
Secara jujur, saya lebih berbangga dengan penubuhan ANGKASA. Kiranya Malaysia tidak menghantar rakyatnya ke angkasa sekalipun, penubuhan ANGKASA sudah cukup membuatkan saya bangga. Ini kerana agensi angkasa merupakan suatu titik penting dalam penglibatan Malaysia secara serius dalam bidang angkasa.

ANGKASA terlibat dalam program angkasawan, program satellite Malaysia, kerjasama dengan Jaxa dalam berberapa program, serta terlibat dalam penyelidikan MARS 500 dalam bidang perubatan angkasa. Ramai di antara kita yang kurang tahu berkenaan aktiviti serta fungsi ANGKASA di Malaysia. Media kurang memberi liputan berkaitan sains angkasa serta penglibatan Malaysia dalam sains angkasa. Penerangan-penerangan kepada orang awam amat kurang. Bukan itu sahaja, silibus dalam pendidikan sains angkasa dan astronomi juga tidak di laksanakan di Malaysia (sepanjang pengetahuan saya).
Program MARS 500, eksperimen bagi mengkaji sejauh mana manusia boleh  membiasakan diri dalam perjalanan 500hari ke Marikh
Program dan rancangan ANGKASA sudah cukup bagus, namun orang awam perlu mempunyai sedikit pengetahuan mengenai astronomi dan sains angkasa. Dengan ini, bukan sahaja kita berjaya menjalankan program yang baik, bahkan mendapat sokongan dari rakyat Malaysia.

Walaupun liputan media tidak meluas, ANGKASA giat menjalankan program mendekati masyarakat Malaysia. Program-program seperti syarahan umum astronomi, bengkel-bengkel astronomi, serta aktiviti cerapant giat di adakan bagi membuka mata rakyat Malaysia dalam bidang Astronomi dan sains angkasa. Saya sendiri tidak pernah melawat mana-mana balai cerap di Malaysia, apatahlagi aktiviti-aktiviti anjuran ANGKASA. Namun insya'Allah jika ada kesempatan di masa akan datang.

Kelab Astronomi dan Balaicerap Malaysia.

Barangkali kita tidak mampu untuk ke angkasa, namun kita masih boleh meneropong keindahan angkasa tanpa meninggalkan bumi. Di Malaysia, kelab astronomi amateur tidak banyak. Namun aktiviti yang di jalan kan sesetengah kelab astronomi di Malaysia sangat memberangsangkan. Sebagai contoh kelab falak online seringkali mengadakan cerapan di sekitar selangor serta kelantan. Cerapan hujan meteor menjadi  aturcara tahunan kelab berkenaan. Bukan sahaja ramai ahli astronomi amateur yang bepengalaman, tiada apa-apa bayaran di kenakan bagi menyertai aktiviti kelab berkenaan.
Langkawi National Observatory (sumber:my dark sky)
Selain kelab astronomi, Balai cerap-balai cerap negeri juga selalu melakukan cerapan untuk orang awam dan pelajar sekolah. Balai Cerap Selangor dan Balai cerap Al khawarizmi di Melaka di antara balai cerap yang masyarakat Malaysia sudah sedia maklum. Alatan-alatan astrophotography menjadikan balaicerap-balaicerap berkenaan mampu menghasilkan imej objek angkasa yang menakjubkan. Selain itu Balai cerap negara di Langkawi juga boleh di akses dengan hanya menggunakan internet (dengan prosedur tertentu). Teleskop di Balaicerap langkawi mengunakan teknologi robotik sama seperti Faulkes teleskop milik United kingdom yang berpangkalan di Hawaii dan Australia.

Tidak cukup dengan Balai cerap milik kerajaan, terdapat juga di kalangan masyarakat Malaysia yang mempunyai balai cerap persendirian. Yang saya maksudkan adalah Balai cerap mini Dr Rowi di Kelantan. Dr Rowi kerap menulis log cerapan di blog beliau serta terlibat dengan kelab falak online serta menjemput pelajar-pelajar sekolah menggunakan alatan astronomi beliau.
Balai cerap mini Dr Rowi (sumber: blog)
Ternyata Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang angkasa. Semua rakyat Malaysia patut memberikan sokongan terhadap penglibatan Malaysia dalam bidang sains angkasa dan astronomi. Sokongan sahaja mungkin tidak cukup, barangkali balai cerap kalau di bina sebesar mana sekalipun, namun rakyat Malaysia tidak menggunakan nya dengan sebaik mungkin, akan menyebabkan kita ketinggalan dalam bidang astronomi. Justeru penglibatan secara serius mahupun sebagai hobi adalah amat penting dalam menjana masa depan yang cerah dalam bidang ini


Saya?

Tidaklah saya memiliki alatan astronomi bernilai ribuan ringgit, jauh sekali balai cerap persendirian. Namun, berbekal kan teleskop dobsonian 10 inch, Teleskop Maksutov Cass 90 mm serta binocular 10x50, saya berharap dapat saya dekatkan pelajar saya dalam bidang astronomi dan sains angkasa. Ya, memang saya ada berangan-angan memiliki balai cerap sendiri, namun apa gunanya jika saya tidak gunakan alatan yang ada sepenuhnya dahulu. Balai cerap di Malaysia pun masih belum saya lawati.

Pulangnya saya ke Malaysia nanti bermula segala rancangan saya. Akan saya gunakan segala kemudahan astronomi yang telah di sediakan untuk rakyat malaysia sebaik mungkin....Saya berharap rakan-rakan guru serta rakyat Malaysia yang lain juga dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 50, manusia ke angkasa!!!!!!!!

2 comments:

  1. Menarik gak baca cerita yuri gagarin ni. dulu aku xamik pot sgt, yg aku tau dia ni org pertama ke angkasa tapi aku xkisah sgt cmner bleh lepas ke sana, so aku assumed je la dia ni tumpang kapal angkasa yang besar dgn diiringi beberapa orang lain mcm neil armstrong. rupa2nya lepas check balik, kapal yg dia naik tu muat2 utk dia sorang je, dan dilepaskan mengembara sorang-sorang. mmg speechless, klu aku maybe dah mati kegayatan dah. mmg adventurous dan berani mati plus yakin giler kapal tu bleh lepas atmosfera. tabik r orang camni.

    Alkisahnya (utk tambhan ilmu klu xtahu), cerita yuri gagarin ni sebenarnya telah menggelabahkan amerika, so lepas dari event ni diorang tubuhkan NASA dan hantar neil ke bulan untuk buktikan kekuatan amerika berbanding soviet. maka amerika yang xnak kalah telah membuktikan bahawa diorang pun bleh hntr orang yg 'pertama' ke angkasa (ie bulan).

    ReplyDelete
  2. begitulah ceritanya syafiq, kalau p youtube, sekarang ni search first orbit, adalah cerita pasal yuri gagarin..

    termasuk cerita macam mana dia mati sekali.. hebat sungguh orang cuba meneroka angkasa dulu2.. dulu2 lagi pula, xda sistem komputer, semua pakai analog.. even soyuz pun baru2 je letak komputer..

    malaysia bagaimana?hahahaha..kita xboleh ketinggalan!!

    ReplyDelete