Untuk teman-teman seperjuangan dari St Mary's University College yang sedang taat menunggu surat panggilan dari KPM, rakan-rakan yang bakal memulakan latihan perguruan di Nottingham dan Twickenham, serta semua Guru-guru serta bakal guru yang saya kenali........
Alhamdulillah saya baru tamat membaca sebuah novel bertajuk Front of the Class, How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had, kisah benar seorang insan bernama Brad Cohen yang mempunyai Tourette Syndrome. Tourette syndrome merupakan 'neurological disorder' yang menyebabkan pengidap membuat bunyi atau pergerakan yang tidak dapat mereka kawal. Penyakit ini biasanya akan di sertai dengan attention deficit hyperactivity disorder (ADHD ) atau hyperactive dan Obsessive Compulsive Disorder(OCD).
Saya tidak ada pengalaman bekerja dengan pelajar ADHD/OCD mahupun tourette, namun pernah membantu kelas khas yang pelajarnya mempunyai Autism. Salah satu ciri sistem pendidikan di UK adalah berteraskan polisi 'every child matter'. Merupakan suatu tanggungjawab guru untuk mendidik pelajar untuk mencapai potensi maksimum mereka (bukan maksimum keputusan peperiksaan dsb). Oleh itu pelajar-pelajar Khas juga di berikan peluang yang sama dengan pelajar lain dengan pendekatan yang berbeza.
Front of the class mengambarkan sistem pendidikan lama yang tidak inklusif. Brad Cohen sebagai seorang pelajar sekolah, tidak di beri layanan sama rata oleh guru, bahkan bukan sahaja dipinggirkan oleh rakan-rakan, malah guru. Namun beliau mempunyai semangat yang utuh di dorong oleh sokongan ibu dan adiknya hingga beliau berjaya menjadi seorang guru yang berjaya. Kini sistem pendidikan di US tidak seperti zaman Brad Cohen sebagai seorang kanak-kanak. Sistem pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan. Kini KPM sedang melatih ramai guru-guru pendidikan khas bagi memastikan kanak-kanak mendapat pedidikan dengan pendekatan yang sesuai.
Brad Cohen berucap mengenai pengalaman beliau sebagai kanak-kanak khas dengan guru yang tidak bersifat inkulsif.
Apa yang menarik mengenai Front of the class bukan sahaja mengenai motivasi hidup Brad Cohen sebagai seorang penghidap Tourrete, malah falsafah pendidikan beliau sebagai seorang guru turut menyentuh hati saya (sebagai seorang bakal guru). Beliau juga turut menulis mengenai pengalaman beliau sebagai seorang guru pelatih, sekaligus mengimbau memori saya ketika berada di St Mary's University College.
Bercakap mengenai pengalaman nya sebagai guru pelatih, brad berkata,
" While I absolutely love student teaching, there were some things I had not anticipated. I did not realize how tired I would get. Teachers are on their feet constantly. The level of preparation for the lessons is unbelievable. It is extremely difficult to challenge the students who are doing well and to help the one who are having trouble, all at the same time, in the same lesson plan". pg 98-99
Tatkala saya membaca perenggan di atas, kenangan menyediakan lesson plan, microteaching, H2 assignment kembali dalam minda saya. :)
Pengurusan Tingkah laku (behaviour management)
Bercakap berkenaan dengan pengurusan tingkahlaku (behaviour management) Brad berkata,
" I had not imagined the great amount of time I would have to spend on classroom management and on discipline. Even in my student teaching days, I was never quick to give a time-out or to remove a child from the class. I remembered very well what it was like to be the kid in the corner. I knew how awful that felt, so I tried very hard to understand the reasons of a child's behaviour. I believe that if I can find the true underlying cause of behaviour, I can find a way to modify it "pg 99
Sememangnya pengurusan tingkahlaku bukan suatu perkara yang mudah. Di sebuah negara di mana 'corporal punishment' merupakan polisi silam, guru bergantung kepada strategi lain dalam pengurusan tingkahlaku. Tiada rotan, dan sebatan..kini negara kita bergerak ke arah itu. Namun, sekiranya guru masih menyalahkan pelajar terhadap masalah disiplin, masa depan anak bangsa kelihatan agak kabur. OK, waktu saya praktikal di sebuah sekolah di tengah kota London dulu pun saya selalu salahkan pelajar dan ibu bapa (masalah disiplin amat teruk). Namun selepas meninggalkan sekolah itu, saya kerap membaca mengenai berbagai strategi pengurusan tingkah laku. Terasa bersalah kerana saya tidak percaya kepada mereka, tapi cuma tahu menyalahkan mereka...Staff-staff sains di sekolah berkenaan, merupakan di antara pendidik yang hebat pernah saya temui, tahap kesabaran mereka mendidik kanak-kanak memang akan saya ingati sampai bila-bila.
Sepanjang saya praktikal di London, banyak strategi pengurusan tingkah laku yang saya pernah lihat/baca/ dan praktikan. Namun di dalam front of the class, brad cohen juga ada bercakap mengenai strategi yang beliau gunakan. 'Reward and sanction policy' adalah polisi yang biasa saya dengar di sekolah-sekolah tempat saya praktikal. Brad juga mengguna reward and sanction dalam pengurusan tingkahlaku beliau.
Bercakap mengenai strategi yang beliau gunakan, brad berkata,
" I dont know if I was a great teacher then or not, but my kids sure had fun. With my star chart and reach for the stars theme, the class could earn stars for good behaviour in the classroom and the school. Once they earned 100 stars, the class got celebration. The first time they reached this goal, they decided to have a sleep-out during the day under the stars, since we were learning about the planets. The kids brought sleeping bags and we mad s'mores. I dont know who enjoy that day more, the kids or me."pg 156-157
Brad menambah dalam perenggan berikutnya,
'' I used flip chart with colored cards to monitor behaviour. Each child had a pocket and began the day with yellow pocket card for good behaviour. If a students misbehaved, he or she had to flip the card to another color that meant time-out. A second misbehaviour and the student flipped the card to a color that meant he or she had to miss recess, and so on until the child eventually ended up in the principal office. I tried to deal with the problem myself before it got to far........'' pg 157
bercakap mengenai disiplin kanak-kanak beliau menulis
" Kids are kids; they all need a positive and supportive learning environment, and they do best under a disiplinary program that involves self-enforcement with reasonable consequences. "pg 111-112
Membaca mengenai strategi beliau serta falsafah beliau dalam menangani masalah disiplin mengingatkan saya kepada tugasan saya ketika masih menjadi guru pelatih.Pengurusan tingkah laku merupakan suatu topik hangat di kalangan guru guru di sekolah. Saya memilih 'positive behaviour management' sebagai satu sub target saya dalam H1 assignment. Maka serba sedikit saya teliti dan berbincang mengenai strategi mengawal masalah disiplin dengan tutor dan mentor saya di sekolah. Strategi Brad menggunakan kad berwarna merupakan satu strategi yang belum pernah saya jumpa. Barangkali jika kita kurang membuang masa mengeluh mengenai masalah disiplin, dan mempelbagaikan usaha dan strategi serta pembacaan, pastinya masalah disiplin dapat di kawal tanpa konfrantasi dengan pelajar.
Di dalam buku ini juga Brad ada mendakwa, bahawa pujian (praise) merupakan suatu strategi berkesan dalam pengurusan tingkah laku. Saya fikir jika ianya berkesan bagi pelajar sekolah rendah, ianya pasti berkesan untuk pelajar matrikulasi.
Genap setahun Brad menjadi guru, beliau masih belum pasti samada beliau melakukan tugas yang baik sebagai seorang guru atau sebaliknya. Apabila beliau mengadu dengan mentor beliau, jawapan ini di berikan kepadanya.
'' IF YOU WANT TO FEEL SECURE, DO WHAT YOU ALREADY KNOW HOW TO DO. IF YOU WANT TO BE A TRUE PROFESSIONAL AND CONTINUE TO GROW......GO TO THE CUTTING EDGE OF YOUR COMPETENCE, WHICH MEAN A TEMPORARY LOSS OF SECURITY. SO WHENEVER YOU DON'T QUITE KNOW WHAT YOU'RE DOING, KNOW YOU'RE GROWING" pg 160
kata-kata dari seorang pendidik terkenal Madeline Hunter menjadi panduan Brad hingga kini. Saya fikir, ianya boleh menjadi panduan yang baik untuk semua guru-guru muda yang bakal memulakan tugas tidak lama lagi.
Di dalam suratnya ketika beliau di calonkan oleh guru besar sebagai tokoh guru, beliau menulis nasihat yang baik bagi guru-guru yang baru memulakan tugas,
'' I have had countless experiences my first year and there are many things I would pass on to beginning teachers. One thing stands out more than anything else: enjoy what you do and reflect upon your teaching style so you can improve. Each teacher has his or her own approach, and that is what makes each of us unique. I truly believe in following your heart. If I had listened to all the "well-meaning" advice given to me over the years, I would not be where I am today. Believe in yourself and remember that you can make a difference.'' pg 163- 164
Something familiar with this advice..:) reflective teaching..perkara yang selalu di bincangkan dengan tutor ketika assignment H1...Front of the class membawa kenangan ketika di St Mary's dalam ingatan saya. Brad Cohen, walaupun beliau mempunyai Tourette syndrome, tapi beliau tidak menjadikan ianya alasan untuk menjadi guru yang baik. Beliau menerima pelbagai anugerah, juga muncul dalam rancangan Oprah.
Buku ini bukan sahaja mengimbau kenangan saya ketika di St Mary's, malah memberi impian tentang kerjaya saya akan datang...Guru...
Akhir kata, kepada semua rakan-rakan yang di jangka memulakan tugas pada bulan hadapan, Selamat memulakan tugas anda sebagai seorang guru yang berjaya!!! Kepada rakan-rakan yang bakal menjalani latihan perguruan, semoga anda semua dapat menimba pengalaman berharga dan dapat di kongsi dengan rakan-rakan lain di masa depan.