Thursday 21 October 2010

Lunar and Planetary Filters

Baru sebentar tadi saya melawat kedai astronomi di baker street untuk bertanya mengenai super widefield eyepiece Orion Q70 32mm. Stock masih belum ada namun saya di maklumkan stock eyepiece berkenaan akan sampai dalam awal minggu hadapan.

Saya juga ada bertanya mengenai planetary filter sets(orion) namun beliau tidak menawarkan filter set berkenaan tetapi menjualnya secara berasingan. Satu color filter orion berharga GBP15. Agak mahal berbanding dengan website SCSASTRO yang menawarkan GBP40 untuk 4 filter.

Kemudian beliau(Simon) mencadangkan saya satu filters set skywatcher. Set berkenaan mengandungi 4 filter( 1 moon filter 25% transmission+3 color filter). Filter set berkenaan berharga GBP30. Agak murah berbanding orion. Saya agak tidak kisah dengan jenama memandangkan ianya cuma filter lantas saya membeli filter set 3+1 berkenaan walaupun saya telah memiliki orion moon filter 13% transmission.

Berikut adalah warna filter(yang saya beli) serta fungsi filter tersebut bagi visual observing:

Filter Set, from top clockwise; ND96-0.6 moon filter 13% transmission, #21Orange,#80A Blue, #12 Yellow

#12 Yellow:
Moon: Feature Contrast
Mars: Blue-Green Areas
Jupiter: Red-Orange Features
Saturn: Clouds
Saturn: Red-Orange Features

#21 Orange:
Mars: Maria
Jupiter: Belts
Jupiter: Polar Regions
Saturn: Belts
Saturn: Polar Regions

#80A Blue

Moon: Feature Contrast
Jupiter: Belts
Jupiter: Rilles
Jupiter: Festoons
Jupiter: Great Red Spot
Saturn: Belts
Saturn: Polar Regions

Untuk makluman, terdapat lebih daripada 10 color filter dengan fungsi yang pelbagai. Color filter digunakan untuk menaikan contrast detail sesetengah planet. #80A sebagai contohnya dapat menaikan contrast Great Red Spot(GRS) pada jupiter. Pada 19/09/10 lalu saya berpeluang mecerap jupiter bersama GRS namun GRS kelihatan begitu kabur/tidak jelas. Berkemungkinan kerana seeing condition serta saya observe tanpa filter.

Bagi moon filter 25% transmission barangkali saya boleh gunakan untuk mencerap bulan sabit. Ataupun boleh saya gabungkan dengan moon filter orion 13% yang saya miliki untuk mencerap bulan penuh. GBP30 harga yang berpatutan untuk 4 filter.

My next target kalau keewangan mengizinkan, Q70 SW eyepiece from Orion US. Anggaran mungkin GBP90 namun dengan review yang menarik serta harga yang lebih rendah berbanding SW eyepiece keluaran Meade/Televue, saya rasa ianya merupakan satu eyepiece yang patut saya miliki.(akan saya ulas mengenai Q70 dan compare harga dengan eyepiece yang len bila saya dah memiliki dan mencuba eyepiece berkenaan).

No comments:

Post a Comment