Monday, 13 September 2010

030810 Kali pertama melihat Jupiter dan montes appeninus

Pada 3hb Ogos 2010 merupakan kali pertama saya melihat planet Jupiter dalam sejarah penglibatan saya dalam backyard astronomy ni. Punyalah malas nak update laporan cerapan sampai nak berhabuk little hubble ni di buatnya.

Pada 3 Ogos 2010 seingat saya langit di birmingham cerah. Waktu itu Abg rizal(postgrad) baru nak balik rumah dia di tiverton. Dia terperasan bintang cerah di Langit dan kami sama-sama mengangkat orion xt10 saya keluar jalan di westminster.

Asal mulanya nak tunjukan bulan..tapi akhirnya berpeluang juga meneropong ke "Ratu Planet".

BULAN



Bulan pada 3hb 8 2010 saya kira sebagai bulan separa terakhir. Gambar diatas adalah gambar kawah yang saya zoomkan dari gambar asal. Kelihatan jelas kawah copernicus (kawah yang paling besar), serta montes appeninus(bukit di sebelah atas gambar). Manakala kawah di hujung bukit berkenaan adalah Erathosthenes.

Copernicus berdiameter 97 kilometer dan berkedalaman 3.8km, manakala erathostenes berdiameter 56km dan berkedalaman 3.6km. Berikut adalah gambar penuh bulan pada 3hb 8 2010

Jupiter

Tidak banyak yang saya boleh tuliskan mengenai jupiter yang saya lihat kali pertama. Ini kerana ketika itu saya cuma mencerap dengan eyepiece yang terhad tanpa barlow, maka details pada jupiter tidak dapat saya lihat dengan telititi. Cuma saya masih boleh melihat jupiter's belt, saya percaya apa yang saya lihat merupakan north equatorial belt. berikut adalah gambar jupiter yang saya ambil(hand held) menggunakan kamera nikon coolpix saya.

perhatikan north equatorial belt tersebut jelas. Gambar berkenaan berjaya di ambil dengan menggunakan fungsi zoom kamera digital saya. Take note yang gambar diatas adalah inverted memandangkan jenis teleskop yang saya pakai merupakan newtonian reflektor.

pada 9hb september lepas saya baru order barlow lens dan bercadang untuk memiliki telescope jenis reflector mudah alih(motorised mount), dengan harapan saya dapat mengunakan teleskop tersebut untuk tujuan fotografi. Barlow lens pula saya order sebagai persediaan Opposition Jupiter yang akan berlaku Insya'Allah pada21hb September ini. Semoga dengan pertambahan barlow saya boleh melihat jupiter dengan lebih jelas dan dengan magnification yang berganda.


No comments:

Post a Comment