Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di Malaysia. Tepat 16hb, saya mendarat, ada sedikit rasa asing dalam diri saya setibanya saya di Malaysia. Insya'Allah, dalam sebulan lagi akan mula menjalankan tugas sebagai penjawat awam di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kos pelajaran dan kos sara hidup saya kebanyakan nya di bayar dengan darah dan air mata rakyat Malaysia. Tanggungjawab saya berkerja mendidik anak bangsa akan bermula tidak lama lagi. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menjadi pendidik yang bertanggungjawab.
Tukar Kerajaan
Bagi saya dan rakan-rakan yang mengikuti isu politik di United Kingdom, kami berkesempatan menyaksikan sesebuah negara bertukar kerajaan. Pada tahun 2010, Kerajaan Parti Buruh gagal mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Kami pelajar-pelajar di Malaysia mendapat peluang menjadi pengundi di United Kingdom. Sesuatu yang saya masih belum lakukan di Malaysia. Justeru, ketika kempen pilihanraya, kami berkesempatan mengikuti manifesto serta dasar setiap parti.
Di England, 3 parti utama ialah, parti buruh, konservative (Tory) dan liberal demokrat(lib dem). Manakala di negeri negeri lain terdapat parti yang bersifat nasionalis seperti, Scottish National Party di Scotland, Sien Fein di Ireland, dan Plaid Cymru di Wales.
Kempen
Saya bersama Chancellor of Exchequer (Menteri Kewangan) Mr George Osborne ketika beliau masih lagi pembangkang dalam kempen piliharaya 2010- Birmingham Business School |
Ketika kempen, tiada banner, mahupun poster di pamerkan. Sesetengah parti membelanjakan duit untuk mempamerkan poster mereka di papan iklan di jalan. Tiada bendera parti di kibarkan, tiada perarakan penamaan calon. Calon berinteraksi dengan pengundi terus melalui surat, menghantar wakil dari rumah ke rumah, ucapan atas jemputan penduduk kawasan, serta melalui media seperti BBC.
Kempen pilihan raya sangat tenang tanpa isu-isu kurang sihat, setiap calon sekurang-kurangnya mendapat masa yang cukup untuk berkempen selama sebulan. Berbanding Malaysia, waktu berkempen selama tujuh setengah hari (2004). Pada tahun 2010, merupakan tahun pertama UK melaksanakan debat di antara calon perdana menteri. Suatu saat yang cukup penting dalam sejarah demokrasi di UK. Lebih bermakna Universiti tempat saya belajar merupakan satu tempat di mana debat di langsungkan.
Saya fikir, banner dan bendera merupakan suatu pembaziran dalam pilihanraya. Juga menimbulkan suasana kurang selesa. Perarakan penamaan calon juga merupakan suatu budaya yang patut di hapuskan. Biasanya berita yang keluar tatkala penamaan calon adalah penyokong satu parti berkelahi dengan penyokong parti lain. Buang masa dan tenaga, merugikan rakyat.
Masih saya ingat ketika pilihanraya UK 2010, saya tidak pasti mahu mengundi parti apa. Walaupun saya tahu keputusan pilihanraya itu tidak banyak memberikan kesan kepada saya, saya masih mahu memberikan kesan kepada keputusan pilihanraya.
Semua parti-parti menabur manifesto yang cantik-cantik, dasar yang jika di baca kelihatan sangat baik untuk rakyat. Parti buruh menjanjikan bahawa tiada potongan bajet sekiranya mereka menang, mereka berjanji untuk menaikan peruntukan dalam kesihatan dan pendidikan, mengekalkan yuran universiti, menambah peruntukan untuk polis dan menurunkan defisit negara dengan menaikan bayaran National Insurance (Majikan perlu bayar NI untuk setiap pekerja dibawah mereka).
Konservatif menempelak dasar untuk menaikan bayaran NI, menurut mereka cukai berkenaan akan meningkatkan jumlah pengangur dalam negara( saya tidak mahu pergi lebih jauh dalam isu NI). Konservatif pula berjanji untuk menurunkan defisit (hutang negara) yang meningkat sejak parti buruh memerintah. Tapi caranya ialah, potongan peruntukan untuk perkhidmatan awam, pendidikan dsb. Mereka mendakwa potongan tidak akan membebankan rakyat, sebaliknya akan memulihkan ekonomi negara dengan masa yang singkat. Mereka juga berjanji sektor awam seperti polis dan hospital tidak akan terjejas terhadap potongan peruntukan.
Liberal Demokrat menjadi juara pelajar universiti ketika itu. Mereka berjanji akan berkempen untuk mengekalkan yuran universiti, menyelesaikan isu Imegresen, menentang kenaikan cukai, menentang potongan bajet. Semuanya bagus dan popular di kalangan rakyat.
Selepas Pilihanraya
Keputusan pilhanraya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tiada parti yang dapat mendapatkan majoriti mudah. Undi Lib Dem merosot, parti buruh merosot, parti konservatif meningkat namun gagal membentuk kerajaan.
Ada ura-ura Lib Dem akan bekerjasama dengan Parti Buruh, namun akhirnya kerjasama untuk membentuk kerajaan di jalankan dengan parti konservatif. Gordon Brown meletak jawatan, David Cameron menjadi perdana menteri dan Nick Clegg (Lib Dem) sebagai Timbalan. Jawatan Chancellor of Exchequer (menteri kewangan) di sandang oleh George Osborne dari konservatif, antara jawatan terpenting dalam kabinet british.
Keputusan Sukar
Menjadi kerajaan baru tidak semudah yang di sangka. Defisit negara lebih teruk dari yang di jangka kan. Walaupun kerajaan UK dilihat agak telus, namun masih ada angka-angka yang di sembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Ketika menjadi pembangkang, saya fikir konservatif merupakan parti yang baik, dasar mereka ketika pilihanraya bukan untuk tujuan populariti, bahkan menghampiri kepada realiti ekonomi negara. Mereka tidak menjanjikan penurunan harga petrol (bahkan harga naik sejak mereka memerintah) tidak menjanjikan penurunan yuran (menaik secara mendadak sejak mereka memerintah).
Pelajar yang kecewa dengan Lib Dem ketika demostrasi. |
Kini Lib dem antara parti yang banyak memberi janji popular berada dalam kerajaan. Janji untuk mengekalkan yuran universiti tidak dapat di tunaikan, janji untuk menentang potongan peruntukan juga tidak dapat di tunaikan.
Di sebabkan mahu mengurangkan defisit, Konservatif-Liberal demokrat ( Kon- Lib )menaikan yuran yang rata-rata meningkat dari £3k kepada £9k. Peruntukan untuk setiap kawasan di potong, sebagai contoh, ketika saya berurusan dengan West Mindlands Police, mereka mendakwa Birmingham City Council terpaksa menarik balik semua kamera perangkap kelajuan di kawasan Stratford shire kerana tiada wang untuk menyelengara alat berkenaan. Di sekolah, guru kini berjimat untuk tidak selalu menggunakan mesin fotostat untuk berjimat akibat potongan bajet. VAT di naikan dari 17.5% kepada 20%.
Semua sektor kerajaan mengalami potongan peruntukan (sektor pendidikan dan kesihatan tidak terjejas seteruk sektor lain). Ekonomi negara bergerak perlahan, Ekonomi selepas musim sejuk suram, kerajaan menyalahkan salji tebal menghalang pengguna dari membeli belah. Populariti kon-lib menurun, ini di cerminkan dari pilihanraya kerajaan tempatan pada bulan lepas. Lib dem dan Konservatif hilang banyak kerusi, terutama di scotland, Wales dan Ireland. Parti Nasionalis seperti Scottish National Party menang besar di negeri mereka (salah satu visi parti nasionalis adalah menuntut kemerdekaan dari UK. )
Negara kebajikan.
Saya mengundi Lib Dem pada 2010 dan masih mengikuti perkembangan politik di UK. Hingga sekarang saya mengikuti berita mengenai NHS (National Health Service) reform serta Welfare reform. Welfare reform pada saya merupakan suatu dasar yang penting dalam kerajaan. Negara Kebajikan (UK) terdapat banyak kelemahan, antaranya ialah kurang insentif untuk bekerja. Rakyat yang menerima wang kebajikan dari kerajaan tidak mahu bekerja. Ini kerana jika mereka berkerja, gaji yang mereka perolehi adalah lebih rendah dari bantuan bulanan kerajaan.
Ramai di kalangan rakyat di dakwa memohon duit kebajikan (Incapacity Benefit) atas alasan tidak sihat (sakit mental, stress, obesity). Kerajaan mahu, penerima duit kebajikan di semak semula kelayakan mereka. Permohonan wang kebajikan akan di perketatkan dan suatu procedur baru akan di perkenalkan. Kerajaan juga mahu memberi insentif kepada mereka yang mula bekerja dan tidak bergantung kepada wang kebajikan.
Sistem negara kebajikan di UK terlalu kompleks. Sistem berkenaan membuatkan rakyat bergantung kepada wang kebajikan. Kerajaan cuba merubah sistem berkenaan sekaligus memberikan penjimatan dalam perbelanjaan negara.
Mana-mana parti yang mahu menggunakan manifesto negara kebajikan perlu meneliti dan merangka model negara kebajikan mereka secara terperinci. Perangkaan model negara kebajikan perlu mengambil kira dasar semua parti komponen. Ini kerana di khuatiri manifesto berkenaan bakal menghancurkan parti yang berjanji akibat gagal melaksanakan dasar negara kebajikan secara efektif.
Tidak Percaya Janji Manis Ahli Politik:
Kesan dari mengikuti isu politik di UK menjadikan saya tidak percaya kepada mana-mana janji manis ahli politik. Kiranya ahli politik mengumumkan ekonomi negara meningkat, tetapi harga barang terus menaik, tiada gunanya. Kiranya ahli politik mengkritik dasar parti lawan, tetapi dasar parti sendiri tidak di utamakan, tiada gunanya.
Mana-mana parti yang memberi janji popular tidak akan mendapat undi saya. Tambahan pula sekiranya janji tidak di perincikan perancangan nya. Apa yang saya lihat di UK, kalau tidak cukai di naikan, peruntukan akan dipotong , kalau tidak dipotong peruntukan, cukai akan di naikan. Sumber kewangan untuk melaksanakan dasar perlu jelas. Angka GDP perlu di terjemahkan dengan penurunan harga barang/ peluang pekerjaan/peningkatan subsidi/peluang biasiswa dsb.
Pada saya konservatif dan Lib Dem boleh di katakan kurang berjaya, saya juga yakin sekiranya parti buruh memenangi pilihanraya berkenaan, mereka juga akan melakukan perkara yang sama dengan kerajaan sedia ada.
Pada saya, parti yang menang, adalah parti yang telus pada rakyat, bukan sekadar janji manis, tetapi setiap dasar yang di rangka, di perincikan untuk tatapan rakyat jelata. Tiada angka, tiada kesalahan yang di sorokan, sebaliknya ikhlas memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan (budaya ini ada pada parti-parti di UK, nampaknya parti sekular ini lebih Islam dari parti-parti yang di anggotai oleh orang Islam).
Sumber: