Monday, 13 June 2011

Gerhana bulan penuh 2011

Artikel ini merupakan artikel gerhana bulan Jun 2011. Untuk maklumat gerhana bulan Disember 2011 sila rujuk link dibawah


Terkini:






Pada 15hb Jun 2011, gerhana bulan penuh terpanjang sejak tahun 2000 akan berlaku. Di UK, gerhana bulan penuh dapat di lihat tatkala bulan terbit, walaubagaimana pun ianya mungkin agak sukar kerana sepanjang gerhana berlaku, bulan hanya akan kelihatan di ufuk.

Di Malaysia sebaliknya gerhana bulan penuh dapat dilihat pada jam 4:14 pagi, tetapi fasa penumbra berlaku seawal jam 1:24 pagi. Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan di mana bulan akan di lindungi oleh bayang-bayang bumi. 

Berikut adalah sedikit informasi dari laman web NASA berkaitan dengan gerhana bulan. 



 Perhatikan carta menunjukan masa gerhana dalam zon waktu universal (waktu united kingdom +1hr) ie ianya berlaku pada tarikh 15hb Jun. Berikut adalah waktu fasa gerhana dalam waktu Malaysia pada 16 Jun :

P1 =  01:24:33
U1 =  02:22:55
U2 = 03:22:29
U3 = 04:02:41
U4 = 06:02:14
P4 =07:00:44

Berikut pula adalah peta dimana gerhana bulan dapat di lihat.

Aktiviti Cerapan:

Buat masa ini saya tidak berkemampuan untuk menganjurkan cerapan, namun, beberapa ahli astronomi amateur serta professional di Malaysia telah pun mewar-warkan di dalam blog mereka untuk cerapan gerhana bulan pada 2011

Dr Rowi:  Aktiviti cerapan gerhana bulan di pantai Mek Mas kelantan atau di balaicerap mini beliau, untuk maklumat lanjut lawati Dr Rowi

Planetarium Negara: Cerapan pada 16 Jun, di perkarangan luar Masjid Negara berdekatan tapak ekspo. Untuk maklumat lanjut sila lawati Planetarium Negara

Bagi yang berada di London, Baker Street Irregular Astronomers Society akan menjalankan pencerapan seperti biasa di Reagent Park. Untuk maklumat lanjut sila lawati BSIA

Di mana saya ketika gerhana bulan?

Insya'Allah di dalam pesawat Malaysia Airlines dalam perjalanan pulang ke Malaysia. BSIA telahpun menjemput saya hampir setiap kali aktiviti cerapan di jalankan. Namun saya tidak berkesempatan menghadiri cerapan ulangtahun pertama BSIA ketika gerhana bulan 2011.

Semoga saya berkesempatan menyaksikan gerhana bulan dari pesawat MAS, harap-harapnya dapat duduk di tepi tingkap dan harapnya dapat tengok kalau xlama, sekejap pun dah memadai..

Sumber:


3 comments:

  1. Oh... sudah kembali ke Malaysia ketika gerhana? Mencerap dalam pesawat la nie... hujung tahun ni ada lagi kan... boleh tengok lagi... :D

    ReplyDelete
  2. WOW cool gila if dpt tgok gerhana dr dlm pesawat. mesti cantik kaaann

    ReplyDelete
  3. farid: baru sampai di melaka..semalam bermalam di Kuala Lumpur...

    +xdapat tengok pun, orientation pesawat xmengizinkan+duk kat tengah2 pun, bkn tepi tingkap...

    anyway, korang semua tengok x???

    ReplyDelete