AMARAN:
JANGAN LIHAT MATAHARI DENGAN MATA KASAR, GUNAKAN BAYANG-BANYANG UNTUK MENCARI KEDUDUKAN MATAHARI.
JANGAN BIARKAN BINOKULAR DIHALAKAN KEPADA MATAHARI TERLALU LAMA. INI AKAN MEROSAKAN BINOKULAR ANDA.
Tarikh: 15/09/2011
JANGAN LIHAT MATAHARI DENGAN MATA KASAR, GUNAKAN BAYANG-BANYANG UNTUK MENCARI KEDUDUKAN MATAHARI.
JANGAN BIARKAN BINOKULAR DIHALAKAN KEPADA MATAHARI TERLALU LAMA. INI AKAN MEROSAKAN BINOKULAR ANDA.
Tarikh: 15/09/2011
Waktu: 10:00-11:00 pagi
Objek : Matahari (sun-spot)
Peralatan: binocular lama tidak berjenama, celestron upclose 10x50, kertas A4 putih sebagai skrin,tripod,
Cuaca di Melaka pada malam hari biasa nya mendung. Ini menyebabkan aktiviti astronomi saya semakin suram. Namun di siang hari, panas terik dan tiada awan. Semalam saya secara tiba-tiba membawa keluar binokular dan kertas A4 putih ke luar, dengan harapan dapat melihat sun spot. Ternyata tidak mengecewakan, namun tiada rekod dapat saya ambil, cuaca bertukar mendung dan hujan.
Bahagian 1:
Jadi pagi 15/09/11, saya bawa keluar binokular dan kali ini diikat pada tripod menggunakan getah (di ambil dari tube basikal). Sepatutnya anda memerlukan tripod adapter untuk binokular, tetapi saya tidak ada adapter berkenaan. Getah dari tube basikal memberikan kestabilan memuaskan untuk binokular. Berikut adalah gambar-gambar set up yang saya buat.
Gambar 1:Binokular lama yang di ikat pada tripod. |
Di bawah adalah imej yang terhasil dari binokular pada gambar 1. Imej sunspot kabur dan sukar dilihat walaupun dengan menggunakan mata kasar. Ini mungkin disebabkan oleh kualiti binokular yang rendah. Saya menggunakan binokular lama kerana kaedah ini akan menyebabkan haba terkumpul pada binokular jika digunakan terlalu lama. Sekiranya anda menggunakan binokular yang ada sayangi, pastikan jangan di dedahkan pada matahari terlalu lama. Ia akan merosakan binokular anda.
Gambar 2:Imej Matahari yang terbentuk melalui binokular lama. Sun spot berada di kawasan bertanda merah. |
Gambar dibawah pula menunjukan set up daripada pandangan atas. Pastikan anda menutup kanta binokular yang tidak digunakan. Guna cuma satu bahagian binocular sahaja.
Gambar 3: Set up daripada pandangan atas. Payung digunakan untuk memastikan imej terbentuk di kawasan bayang-bayang. |
Di sebabkan saya gagal mengambil gambar yang baik dari binokular lama. Jadi saya lakarkan imej yang terbentuk pada skrin. Sunspot bertanda ? mudah dilihat dengan mata kasar. Saya berjaya melihat 3 sunspot pada matahari. Sunspot di bahagian atas gambar 4 kabur-kabur dan sukar di lihat.
Gambar 4: Lakaran sun spot berserta tarikh dan waktu di atas skrin. |
Bahagian 2:
Di sebabkan saya tidak berpuas hati dengan imej yang terhasil melalui binokular lama. Saya gunakan juga binokular celestron saya. Saya ikatkan binokular pada tripod seperti saya lakukan pada binokular lama. Imej lebih jelas dan terang. Saya berjaya merakamkan gambar sunpot melalui binocular celestron saya. Berikut adalah gambar berkenaan:
Sun Spot besar berjaya saya rakamkan dengan kamera nikon saya. |
Sunspot yang berjaya saya rakam kan amat besar dan jelas. Mungkin bersaiz sebesar 2x atau 3x bumi. Berikut pula adalah video ketika sunspot di ambil. Gambar kurang jelas dan tidak fokus. Namun Sunspot kelihatan secara samar-samar dalam video.
Kesimpulan
Saya melakukan cerapan 2 kali dengan binokular berbeza untuk memastikan bahawa imej yang saya lihat pada binokular pertama adalah imej sunspot. Cerapan kali pertama berjaya menampakan imej yang baik sepadan dengan kualiti binokular yang rendah. Binokular celestron menghasilkan imej yang lebih tajam dan membolehkan saya merakamkan gambar.
Kaedah mencerap matahari ini boleh digunakan ketika gerhana matahari dan ketika planet zuhrah merentas matahari (venus transit). Namun saya menjangkakan mungkin imej yang dihasilkan sukar dirakam memandangkan diameter binokular saya cuma 50mm. Sais venus pula lebih kurang sama dengan saiz bumi. Namun saya akan cuba juga kaedah yang sama ketika transit planet zuhrah pada tahun hadapan.
Sekian :)
No comments:
Post a Comment