Masa: 2230-2353
Objek: Bulan, Musytari (Jupiter)
Cuaca: Sedikit berawan
Peralatan: Orion Apex 90mm Mak Cass, Nikon 8MP compact camera
Mungkin tajuk entry tidak mengambarkan suasana sebenar cerapan semalam. Tapi, itulah ayat yang dapat saya garapkan untuk mengambarkan keindahan alam ciptaan tuhan. Semalam (15hb Sept 2011) pada jam 2230 saya keluar untuk mencerap bulan. Gambar bulan amat mudah untuk saya tangkap. Beberapa minit selepas itu planet Musytari mula 'terbit' dari pucuk pokok di kejauhan.
Selepas saya puas mengambil gambar bulan, saya halakan teleskop saya ke arah Musytari. Kali ini saya gunakan eyepice 15mm, tidak seperti sebelum ini saya gunakan 25mm. Eyepiece berkenaan saya beli murah, jadi kualitinya tidak berapa baik. Tapi magnification lebih besar menyebabkan imej Musytari dapat saya ambil. Imej kali ini lebih baik dari imej yang saya ambil pada 4hb Sept 2011. Saya masih tidak dapat melihat Io. Cuma Calisto, Ganymede dan Europa sahaja kelihatan. Saya akan beri tumpuan pada detail cerapan selepas ini, memandangkan cuaca agak berawan jadi saya terburu-buru untuk mendapatkan imej Musytari.
Gambar 1: Inilah yang saya maksudkan dengan Bulan dan Musytari menari bersama |
Gambar 2: Bulan pada 15Sept. Cuba namakan kawah-kawah yang kelihatan! 4 'rays system' juga jelas dalam imej kali ini |
Gambar 3: Gambar bulan seperti gambar 2 tetapi dengan label 'ray system' dan gunung pada bulan. |
Gambar 4: Musytari (Jupiter) dengan tali pinggang utara dan selatan (Jupiter's Belts) |
Kesimpulan:
15hb Sept merupakan hari yang produktif dalam penglibatan saya dengan hobi astonomi. Pada siang hari saya menggunakan 'projection technique' untuk mengesan tompok matahari (sun spot) dan pada malamnya saya dapat mencerap bulan dan Musytari. Tambah menggembirakan, saya dapat merakam gambar dan video untuk di tulis dalam log cerapan. Saya berharap dapat mencerap dengan lebih kerap di masa akan datang!!!
No comments:
Post a Comment