4hb January 2011, laman-laman web astronomi, BBC, AWB, Falak Online, Astronomy forum.net semua telah heboh berkenaan peristiwa gerhana matahari separa yang sepatutnya boleh di saksikan di benua eropah dengan mudah. Malam sebelum gerhana matahari berlaku saya siap sediakan pinhole camera untuk melihat gerhana dengan selamat sungguhpun ramalan cuaca kelihatan tidak menyebelahi saya.
Seperti yang di sangkakan, cuaca pagi 4hb January mendung dan tidak mengizinkan saya untuk mencerap gerhana matahari separa. Saya masih positive dan terus mengakses internet bagi mendapatkan conection kepada balaicerap luar negara. Link live solar eclipse oberserving session saya dapatkan dari laman web Astronomers without Border. Namun usaha saya tidak membuahkan hasil. Balaicerap di Karachi melaporkan cuaca mendung, di sebuah balai cerap di Czech Republic pula mengalami masalah teknikal dengan alatan kamera, turut tersenarai balaicerap dari Israel yang gagal saya akses.
Namun 4hb January tidak saya habiskan dengan duduk terperap di dalam bilik. Saya sambung hari saya dengan hobi saya yang baru (bagi burung dan Itik2 di radnor garden makan). Hobi ini baru saya mulakan dalam hujung bulan Disember lepas. Bila terasa bosan saya kadang-kadang berjalan-jalan di Radnor garden untuk mengambil angin. Tak sangka banyak unggas dan mergastua di Radnor Garden. Taman yang bersebelahan dengan sungai Thames tidaklah menjadi tumpuan ramai seperti taman di central london. Namun ada pengungjung setia melemparkan secebis dua roti buat santapan burung-burung liar.
Kebetulan banyak roti yang tamat tempoh sebelum sempat di makan, lantas saya merajinkan diri untuk bagi makan burung-burung liar. Dari roti itu berakhir di tong sampah, baik berakhir di perut burung. Di atas adalah video yang saya ambil ketika di Radnor Garden. Mulai hari ini, saya akan tulis serba sedikit aktiviti saya bersama burung-burung dan haiwan di Radnor Garden. Akan datang ada baiknya saya bawa binocular saya bersama untuk aktiviti bird watching...Sekian
No comments:
Post a Comment