Sunday 2 January 2011

January 2011: Quadrantids Meteor Shower and Many more



Berikut adalah video dari laman web NASA berkenaan dengan peristiwa astronomi pada bulan January. Antara peristiwa menarik adalah hujan meteor quandrantids yang bakal berlaku pada 3 January-4 January. Hujan meteor kali ini berlaku ketika bulan masih muda, <10%, justeru aktiviti mencerap akan menjadi lebih mudah memandangkan tiada pencemaran cahaya dari bulan. Hujan meteor quandrantids akan berlaku didalam buruj quadrans muralis( north east) pada malam 3 January.  Hujan meteor ini lebih mudah di lihat di benua Eropah.

Mercury, Venus, dan Saturn terbit lebih awal sebelum fajar dan di penghujung bulan January, Saturn akan terbit sebelum tengah malam. Jupiter pula akan terbenam seawal pukul 9.30 malam menjelang penghujung bulan January. Ini bermakna, musim mencerap Jupiter oleh ahli astronomi amateur seperti saya semakin sampai ke penghujung. Selepas ini pasti lebih ramai amateur yang akan berkongsi log cerapan Saturn di forum-forum  astronomi memandangkan Saturn akan terbih seawal sebelum tengah malam.

No comments:

Post a Comment