Objek: Zuhal
Masa: Jam 0030-0105
Tempat: Asahan Jasin Melaka
Teleskop: Orion XT10
Cuaca: Cerah, awan nipis kelihatan
Semalam dan pagi 17/03/12 cuaca cerah setelah beberapa hari hujan dan mendung. Belajar dari perubahan cuaca, saya tak dapat halang diri untuk cerap zuhal. Kali terakhir cerap zuhal melalui teleskop orion xt10 adalah hampir 2 tahun lepas. Itu ketika kali pertama saya gunakan teleskop. Zuhal memang amat menarik. Gelang Zuhal menyebabkan peminat astronomi boleh menghabiskan masa berjam-jam mencerap Zuhal. 2 tahun lepas saya gunakan eyepiece 25mm. Jadi magnification cuma 48x. Kali ini saya gunakan eyepiece 15mm dengan 2x Barlow menjadikan magnification sebanyak 160.
Puas hati saya dapat pastikan bahawa melalui Orion XT10 saya dapat melihat Cassini division. 4 bulan Zuhal juga kelihatan( Orion Apex cuma boleh nampak 1 bulan(Titan) sahaja, itu ketika Istiqbal 2011). Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan Imej yang saya lihat menerusi teleskop saya.
Berikut adalah saturn dan kedudukan bulan-bulan yang saya lihat ketika cerapan:
Kedudukan bulan Zuhal dihasilkan dari Stellarium. R: Rhea E: Enceladus D: Dione Ti: Titan |
Keempat-empat bulan ini boleh dilihat dengan magnifikasi rendah. Titan adalah bulan Zuhal yang paling besar. Enceladus pula dipercayai menyemburkan ais yang membentuk gelang Zuhal. Berikut adalah imej yang saya rakamkan semalam:
Melalui cerapan visual, imej lebih jelas, dan Cassini division boleh dilihat. |
Gambar di atas merupakan imej Zuhal terbaik saya buat masa ini. Saya gembira memiliki Orion XT10. Sudah banyak Imej bulan dan planet yang saya rakamkan walaupun dengan teknik afocal. Lihat kembali gelang Zuhal, saya boleh cerap planet ini berjam-jam. Sangat hebat ciptaan Allah. Dalam Documentary Wonders of the Solar System ada menceritakan keindahan Zuhal. Itu yang mempengaruhi saya menyertai hobi ini.
Berikut pula adalah video cerapan semalam. Video saya stack dengan Registax dan Imej diatas dapat dihasilkan :)
Istiqbal Zuhal bulan depan. Saya tidak pasti tarikh tepat di Malaysia, tapi menurut website dari US ianya pada 14hb April. Ini bermakna Zuhal akan berada berhampiran dengan bumi pada tarikh itu. Jika berkesempatan saya akan cuba rakamkan imej pada Istiqbal Zuhal bulan depan. Harapnya cuaca cerah dah meingizinkan.
Kemaskini:
Saya nak perincikan sedikit apa yang saya maksudkan dengan saya nampak Cassini division. Gelang pada Zuhal sebenarnya terbahagi kepada beberapa gelang. Diantara gelang terdapat kekosongan (gap). Cassini division sekiranya dilihat dari teleskop bumi, ianya menjadi pemisah antara gelang A dan gelang B zuhal. (ada banyak gelang dan agak complex). Kekosongan pada gelang sebenarnya disebabkan oleh kesan graviti bulan zuhal pada gelang. Dalam kes Cassini division, bulan Mimas yang bertanggungjawab membentuk Cassini division. Sebenarnya dalam Cassini division tu ada gelang2 juga, Voyager rakam gambar Cassini division secara dekat.
Jika dilihat betul2 dari gambar saya yang kabur-kabur dibawah (serta kat atas), memang nampak ada bahagian hitam pada gelang Zuhal. Itu adalah Cassini division. Dengan mata, melalui teleskop, lebih jelas lagi.
Gambar yang ke2 saya edit. bahagian belakar Zuhal nampak bahagian gelang yang ditutupi bayang-bayang planet |
Perhatikan didalam Cassini division terdapat gelang-gelang lain (Gambar diambil dari website wikipedia) |
No comments:
Post a Comment