Monday 7 February 2011

Seimbas lalu Astrofest 2011 London

   Pada 4-5 hb Febuari lepas saya telah menghadiri European Astrofest yang di anjurkan oleh Astronomy Now Magazine bertempat di Kensington Town Hall London. Sepanjang 2 hari event berlangsung, masa berlalu begitu pantas tanpa saya sedari, barangkali mungkin saya di kelilingi oleh bermacam-macam jenis teleskop, buku-buku serta poster-poster yang berkaitan dengan astronomi.

Hari Pertama Astrofest

   Pada pagi pertama event berlangsung, saya dapat rasakan kehadiran pengunjung agak kurang berbanding sebelah petang. Barangkali kerana masing-masing masih belum pulang dari kerja. Saya mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan di sekitar bilik pameran bagi mengintai aksesori-aksesori yang boleh saya beli. Pada hari pertama juga, berlangsung talk yang memaparkan fenomena serta isu astronomi terkini. Antara talk yang berlangsung pada hari pertama ialah:

1)Phobos and Deimos, The amazing moons of mars by Emily Baldwin dari Astronomy Now
2)Observing with Faulkes Telescopes by Paul Roche dari Faulkes Telescopes
3)Epsilon Aurigae: Eclipse beyond the solar system by Natalie Thureau dari University of St Andrews
4)Strangers and Giants: Uranus and Neptune by Chris Arridge dari UCL Mullard Space Science Laboratory
5)Fred Hoyle, Cosmologist and controversialist by Simon Mitton dari University of Cambridge
6)Lunar transient phenomena and modern understanding of the moon by Chuck Wood dari Planetary Science Institute, Arizona
7) Seeing how galaxies form: new observation from hubble and herschel by Steeve Eales dari Cardiff University
8) 2012-No time to end the world by Ed Krupp dari Griffith Observatory Los Angeles.

Ed Krupp-2012

   Terlalu banyak informasi yang saya terima dalam satu hari tidak dapat saya kongsikan semuanya di sini. Namun antara talk yang menarik perhatian saya pada hari pertama ialah talk berkenaan tahun 2012 oleh Ed Krupp. Ed Krupp adalah seorang ahli astroacheology yang menjalankan kajian mengenai astronomi tamadun-tamadun kuno. Beliau amat memahami kalendar Tamadun Maya yang di katakan meramal bahawa bumi akan musnah pada tahun 2012. Dalam talk beliau, beliau menjelaskan bahawa dakwaan tersebut ternyata tidak benar bahkan kalendar tamadun maya di salah tafsir. Bukan mudah untuk saya fahami talk beliau memandangkan beliau banyak menyentuh cara kiraan hari dalam tamadun maya yang begitu asing bagi saya.

Bersama Prof Don Kurtz University of Central Lancashire

   Pada hari pertama juga saya sempat melawat pameran dari University of Central Lachashire. Saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan Prof Don Kurtz, penyelidik di universiti berkenaan. Beliau yang juga di temuramah oleh ahli komedi bristish Dara O'Brian bagi program Stargazing Live BBC 2 melakukan penyelidikan dalam bidang astroseismology serta terlibat dalam Nasa Kepler Mission. Beliau sempat berkongsi pengalaman melawat planetarium di Malaysia dan bertemu dengan Head of United Nation office of outer space affairs Dr Mazlan Othman. Sebelum pulang, beliau sempat memberi saya 2 poster berkaitan dengan kajian beliau. Salah satu poster beliau minta saya kongsikan dengan guru sekolah tempat saya placement akan datang.

   Saya fikir kehadiran pelatih guru atau guru di event seperti ini mendapat sambutan dari exhibitor. Exhibitor University of Glamorgan dengan senang hati berkongsi sebuah buku latihan bagi pelajar sekolah menengah kepada saya. Buku terbabit merupkan hasil terbitan European Space Agency (education). Saya fikir ianya langkah yang baik bagi memberikan kesedaran sains angkasa pada anak-anak muda.

Hari Kedua Astrofest

   Seperti yang saya jangka hari kedua mengundang lebih ramai pengunjung. Cuti hari sabtu serta aktiviti hari kedua yang lebih menarik membuatkan pengunjung lebih ramai dari semalam. Selain daripada talk-talk astronomi, Prof Brian Cox, host Wonders of the Solar System, Sir Patrick Moore dan Dr Brian May hadir pada hari kedua untuk sesi autograph buku-buku mereka.

Tajuk-tajuk talk pada hari kedua adalah seperti di bawah:

1) Near Earth Objects-what's out there? by Alan Fitzsimmons dari Queen's University, Belfast
2) The Forgotten films of Apollo by Chris Riley seorang penulis dan director filem
3)It IS rocket science by Helen Keen seorang penulis dan pelawak
4)Under stone-age skies by Ed Krupp Astroacheologist
5)Learning to read the moon Chuck Wood dari Planetary Science Institute, Arizona
6)How Astronomers are mapping our galaxy by Gerry Gilmore dari University of Cambridge
7)Recreating the early universe by prof Brian Cox University of Manchester
8)Sir Arthur Eddington, the man who demonstrated relativity by Allan Chapman dari University of Oxford

   Talk dari prof Brian Cox menjadi tumpuan ramai. Orang ramai memenuhi dewan lama sebelum talk bermula. Mujur saya dapat tempat duduk yang tidak kurang strategiknya. Namun talk yang sangat menarik perhatian saya ialah talk pertama dari Alan Fitzsimmins dan talk kedua dari pembuat filem Chris Riley. Allan merupakan seorang astronomer yang terlibat dalam mempertahan bumi dari serangan  asteroid . Menurut beliau, beliau terbabit dalam mengesan  asteroid yang berkemungkinan melanggar bumi serta memusnahkan bumi. Tidak cukup dengan teleskop di bumi, European Space Agency dan Nasa menggunakan satellite serta teleskop yang siap mengorbit bumi dalam mempertahankan bumi dari di hentam  asteroid.

Alan Fitzsimmons 
Kesan Asteroid 2008 T3 yang berjaya dirakamkan di Sudan (image :Muawia Shaddad)

   Satellite Neo Sat digunakan bagi mengesan  asteroid yang berada di belakang matahari. Ini meningkatkan lagi keberkesanan mengesan asteroid yang bakal melanggar bumi. Kejayaan sistem ini mengesan dan meramal laluan asteroid 2008 T3 yang memasuki atmosfera bumi (utara Sudan) pada tahun 2008, 20 jam sebelum pelanggaran berlaku membuktikan sistem pertahanan asteroid bumi berkesan. Menurut Beliau setakat ini sekitar 7556 asteroid menghampiri bumi namun cuma satu berjaya memasuki atmosfera bumi.

   Talk kedua dari pembuat filem Chris Riley pula menakjubkan saya mengenai kesungguhan serta kesukaran astronaut pada sekitar tahun 60an dalam merakam filem bagi tujuan penyelidikan serta kejuruteraan angkasa. Chris Riley terlibat dalam membongkar semua filem-filem lama bagi tujuan dokumentari. Filem sepanjang 10 000 batu di telilti bagi memastikan dokumentari berharga dapat dihasilkan. Antara dokumentari yang pernah beliau hasilkan ialah In the shadow of the moon dan Moon Walk 1.

Wonders of the Solar System

 Bergambar bersama Prof Brian Cox, host Wonders of the Solar System BBC 2

 Bertemu dengan Dr Brian May kiri, dan Sir Patrick Moore

Ketika beratur bagi sesi tandatangan buku Prof Brian Cox

   Pada hari kedua juga saya berkesempatan berjumpa serta bergambar dengan prof Brian Cox. Saya terpaksa beratur panjang memandangkan ramai orang ingin berjumpa dan mendapatkan tandatangan beliau. Mujur saya beratur awal, jadi saya tidak terlepas mana-mana talk selepas itu. Prof Brian Cox popular dengan BBC tv series Wonders of the solar system serta siri terbarunya yang bakal muncul di kaca TV pada March 6 bertajuk Wonders of the Universe.

Souvenir astrofest


Majalah-majalah lama astronomy now yang boleh dibeli dengan harga GBP1 untuk 4 buah majalah

   Saya mengambil peluang untuk bershopping sedikit aksesori untuk aktiviti astronomi saya. Antara yang menjadi pilihan saya ialah digital camera adapter dari Baader Planetarium, 15mm Plossl eyepiece, 32mm Super Widefield Eyepiece Q70 dari Orion. Digital Camera adapter saya beli bagi tujuan unconventional astrophotography memandangkan astrophotography sememangnya menelan belanja yang tinggi. Sebelum ini saya ambil gambar dengan menghalakan kamera saya pada eyepiece, kini saya boleh meletakan kamera pada adapter tanpa ada masalah gegaran. Saya harap camera adapter dapat membantu saya bagi merakam imej planet serta bulan.
Aksesori dan buku yang dibeli dari Astrofest 2011

   SW Q70 32mm pula sememangnya saya inginkan sejak dulu. Walaupun harganya agak ''galak'' tapi saya fikir dari segi kualiti dan review, ianya amat berpatutan. Saya tidak terlepas dari membeli majalah lama astronomy now serta buku Data Book of Astronomy yang di tulis oleh Sir Patrick moore. Selain itu banyak poster,postcard serta pen yang saya dapat dari pelbagai pihak sepanjang event berlangsung secara percuma.

   Pokoknya hujung minggu saya berlalu dengan penuh bermakna pada 4-5 Febuari lepas. Tahun hadapan tiada Astrofest untuk saya. Barangkali saya akan terlalu sibuk dengan tugas sebagai seorang guru. Harapnya saya masih ada sedikit kelapangan untuk hobi saya nnt. Untuk rakan-rakan yang masih berada di United Kingdom tahun hadapan, ambilah peluang untuk menghadiri event seperti ini sebelum anda pulang!!!

7 comments:

  1. Inilah yang dikatakan 'produktif'. Memenuhi cuti dgn aktiviti berfaedah. What can I say, it is good!

    Orang kita kadang2 menda2 ilmiah ni pandang sebelah mata je. Diorang kata xpenting la, itu lah ini lah, padahal astronomi ni salah satu dari ilmu fardhu kifayah yang bawak manusia kenal Tuhan.

    ReplyDelete
  2. bnyak kontroversi mcm planet nibiru y di kaitkan dengan hadis lemah terjawab dalam talk pasal asteroid..ramai orang melayu Islam suka benda2 kontroversi ni..tp xkaji berita betul2..penangan mastika agaknya..

    ReplyDelete
  3. talk pasal asteroid tu dalam astrofest yg ko gi tu ke? bleh kongsi sket dalam blog ni?? or bleh bg link youtube...tq

    ReplyDelete
  4. insya'Allah kalau ada kelapangan ak kongsi dengan detail n bg link2 berkenaan Near Earth object.. ak p talk tu..ak pergi semua kecuali yang terakhir.. talk tu tak di rakam.. tapi kalau ak xsempat tulis mungkin link ni membantu memandangkan isunya sama.

    http://www.youtube.com/watch?v=-68yuWYNztM

    ReplyDelete
  5. n hari tu juga dia ada mention pasal planetary defence conference.. tahun ini di romania..

    http://www.pdc2011.org/

    hahahaha..kalau ko berminat nak menceburkan diri dalam team yang mempertahankan bumi, sila lah..xsure course ko sekarang sesuai ke x.. tp mesti boleh punya...engineer

    ReplyDelete
  6. hehe,like2 pasal nibiru la,2012 la..apa2 ntah..kadang2 kita hanya dengar je dari orang,tak cuba nak kaji sendiri.T_T..nway,besnyer...hope dpt sambung kat London.

    ReplyDelete
  7. insya'Allah kalau ekonomi malaysia bagus 1-2 tahun ni ada chance la ko nak wat kat london..xperlu tunggu tinggal kat london..next year datanglah astrofest..next year mesti brian cox dtang..bulan march ni series baru dia wonders of the universe..leh mintak autograph untuk 2 buku..satu untuk ak..:p..wonders of the solar system ak nyer dah di autograph dah!!!:p

    ReplyDelete