- 26hb Oktober lepas selamat transfer teleskop Orion XT10 dari Putrajaya ke Melaka. Tamat sudah perjalanan teleskop dari Birminghan sampai lah ke Asahan. Teleskop Orion XT10 ni lah teleskop kegemaran.
- 26hb malam sempat cerap Musytari (Jupiter), tapi awan menutup tirai malam. Tak sampai seminit cerap. Imej yang di hasilkan mantap. Eyepiece 15mm, letak lagi dengan 2x barlow. Anyway, sekurang-kurangnya dapat test imej lepas collimate teleskop siang hari nya.
- Dan seperti biasa, nasib sama macam baru mula-mula beli teleskop. Mendung, hujan di waktu petang/malam. Bangun waktu subuh pun cloudy juga. Jadi masih tak berkesempatan nak cerap Musytari. Sangat-sangat bercadang nak capture imej Musytari sempena Opposition bulan ni.
- Seperti biasa, sejak-sejak balik ke Malaysia dan mengangur menungu kerja ni, kalau berawan dan mendung saya tangkap gambar awan. Awan pun cantik jugak.. Dalam post ni saya sertakan beberapa gambar awan yang di tangkap, serta time lapse awan siang tadi. Semuanya pakai camera compact Nikon Coolpix 8Mpixel.
- Walaupun kamera cikai, tp saya puas hati sebab dah gunakan fungsinya sepenuhnya. Dari berjalan-jalan melancong, Astrophotography, clouds timelapse, video etc2..ok, video kat bawah adalah video yang diproses siang td. Gambar di ambil selang 10 saat selamat 50 min. Pastu proses semua gambar pakai make avi software dan terhasil la time lapse 21 saat..enjoy!.
- Maybe bukan time lapse yang berkualiti. Kalau pakai camera canggih-canggih, dengan remote control segala bagai, lagi senang. Tutorial penuh camna nak buat time lapse boleh di dapati ada link ini.
- Gambar kat bawah pula adalah beberapa gambar awan yang di ambil sebelum ni.
Awan siang tadi 28hb Oktober selepas solat Jumaat |
Awan, bumbung rumah, pokok kepaya |
Awan yang sama dengan awan atas, cuma di ambil dari sudut berbeza |
Awan dan tunggul pokok kelapa |
Awan dan kampung Relau Asahan |
- Kesimpulannya, bila cuaca berawan, tiadalah aktiviti mencerap di malam hari. Tapi seronok jugak tengok awan. Perasan atau tidak, waktu kecik2 dulu selalu tengok awan, tengok bulan. Bila jalan jauh-jauh, kita mesti fikir bulan ikut kita.hahaha..mungkin dengan memikirkan macam tu boleh wat kita rasa tenang dalam perjalanan jauh..Kita adalah moon gazer/cloud chaser sejak kecil lagi :-)
- Sekarang dah penghujung bulan 10, harapnya berita baik sampai bulan depan. Semoga Allah memudahkan segala urusan kami di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment